Thursday, August 6, 2009

tidooo... zzzzzzzzzz


malunye la aku tadi. syok2 aku telungkup kepala aku kat meja n tutup muke aku guna telekung
tetiba guru besar masuk lak pusat sumber
nasib baik dia tak marah. dia gelak2 je nengok aku tido
rupe2 nye dia cari aku nak kasi buah jambu
syukur Alhamdulillah. aku baru nak beli time balik nanti
rezeki datang bergolek2. ;)

cite pasal tido nih, aku ade habit kalau nak tido
aku kalau nak tido mesti kene tutup muke
tak kisah la guna bantal or kain. kalau tak aku susah nak tido
kalau aku tido kat umah orang lak. aku mesti peluk or tutup muke aku dengan barang kepunyaan aku.
contohnye cam tuala ke, kain ke. mesti aku kene pegang
kalau tak tak leh tido gak. bile pegang benda tu, rasa macam kat bilik sendiri kononnye
kalau balik kampung ayah aku, biasanye aku akan bawak selimut sendiri
tak pun bantal. bonet kete kadang2 penuh dengan bantal. huhuhuhu
anak buah aku yang perempuan tu pulak. masa dia nak tido, dia akan gosok kaki dia kat bantal
dia akan buat cam tu sampai dia terlelap. dia memang ade bantal khas tuk gosok kaki
memang dah lunyai la bantal tu aku tengok

aku ngantuk laaaaa... aku tido lewat malam tadi. ni sume sebab tengok cite coffee prince tu
ending cite tu memang mengecewakan.
tapi aku tetap jatuh cinta kat gong yoo tu. heheheh

P.S I LOVE U- korang tido cane lak?

9 orang sedang bergumbira on "tidooo... zzzzzzzzzz"

cik helena on August 6, 2009 at 4:56 PM said...

haha i pon de habit,,mesti nak kene tutup ape2 kat mata,,tak kesahla kain ke,,bantal ke,,satu lagi i tak bape suke tido kepale letak bantal..bantal suke letak kat kaki,n suke tido ujung katil,,hahaha

uikk banyak pulak habit,huee

DilOt on August 6, 2009 at 7:23 PM said...

habit dilot..hehe,,,bertukar2..kdg2 nak tido kene letak brg tutup muke..kdg2 nak peluk...kalo nak peluk tu tgh angau la..haha..

eddie dewanaga on August 6, 2009 at 8:32 PM said...

macam mana sang naga tido..???

itu cik nana kena tanya mentadak mentadu laa.
hehehe...

lizz on August 7, 2009 at 9:50 AM said...

huwaa! aku tak leh giler kalo tdo tutup muke. cam xbernafas aku rase.hahaha. tapi, kalo takat ttp gune sebelah tangan..ok je. bantal2 aku xleh woo. ko xlemas naa??nbgehehehe

nana~ on August 7, 2009 at 10:17 AM said...

cik hel, u guna sunglass u je time tido. hihihihihihihihi....

dilot nak peluk sape? muahahhahahah

eddie, ok2 saya tanye mentadak.
mentadak mentaduk, macam mana eddie tido????
oooooo... cam naga yeeeee

lizz, aku bernafas ikut telinga. bluweeeekkkkkk!!!!

Ivy Metaga on August 8, 2009 at 3:52 PM said...

janji tido dalam suasana gelap atau cahaya yg romantik, cepat sy nih tido, kalo ada cahaya yg kuat susa nak tido hahaha

.millalara. on August 9, 2009 at 1:11 AM said...

huuu~~

milla tdo statik.. xgerak walaupun seinci.. heee.. then kalau org nak kejut ke ape ke,, kna dari jarak yg jauh sbb milla akan bangun dengan terkejutnya dan dgn pantasnya.. dan akan mmbuatkan org yg mahu mengejut itu terkejut juga.. huuu~

mr.ariell on August 10, 2009 at 11:59 AM said...

dah biasa tido dalam macam2 keadaan.. igt masa dulu kat dlm utan masa survivor training..tido dalam ribut petir sambil peluk batu..

Budak Pensel Yazid on August 10, 2009 at 10:58 PM said...

tido tutup muka dengan plastik..









PUJAAN HATI HAMBA

Blog Kita
 

From Cik to Puan Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez