Showing posts with label memori. Show all posts
Showing posts with label memori. Show all posts

Tuesday, June 29, 2010

kamu bakal melengkapi hidup kami


i am 34 weeks pregnant. Alhamdulillah...
another 6 weeks ataupun mungkin awal
segalanya indah. walaupun penuh dengan dugaan
tiba-tiba teringin nak menulis. meluahkan ape yg sy rasa ketika ini
dan sy menyalahkan diri sendiri kerana tidak menulis dgn lebih awal
byk benda yg terlepas. sy menulis kerana ia bakal menjadi kenangan sy nnt
bile anak-anak sy besar nnt, mereka boleh membaca kenangan sy mengandungkan mereka

seblm sy tau sy mengandung sy teringin sgt nk makan bubur marry brown n mcD
sy sanggup ke banting yg jauh tu semata2 teringin. padahal sy tade la suke sgt makan kt mcD tu
n pastu sy rasa pening, loya n muntah. tp sehari je
cikgu2 skolah srh sy check, tp sy ckp tak nak sbb sy rasa mcm senggugut
bile dh period sy lewat seminggu lebih, hubby srh sy beli pregnancy test kit
sy ingat lg, hr tu hari sabtu. sy n husband pegi sunway pyramid
kami singgah watson rasanye g beli benda tu. mula2 cadang nk bli 2 3 jenis
tp end up beli 1 je. hehehhe...
masa tunggu result tu mmg berdebar sungguh. dan Alhamdulillah, positive
sy trus kuar dr bilik air n menjerit2 panggil husband sy. sy peluk husband sy n mata sy bergenang. (sy kan sungguh drama queen)
sy ckp sy pregnant. n pastu cr mama sy... "mama, nana pregnant"
pastu yg poyonye, esok gi klinik coz tak puas hati tkt tester kit tu rosak
adik sy n adik ipar sy gelakkan sy dgn alasan tu
doc ckp sy mengandung. masa tu br 8 weeks. comel kan?
yg kelakarnye, doc kt klinik tu pun guna tester kit yg sama gak.

adik sy tanye "akak tak mabuk ke?" sy dgn konfidennye sy ckp tak.
rupe2 nya 2-3 hari lps tu sy start mabuk truk
tak bole minum air kosong, tak boleh bau dapur, tak bole makan ayam, tak bole makan satay
yg paling truk satay. nampak tulisan satay pun leh loya n pening
kalau org sebut kajang pun rasa cam nk muntah gak.
n sy tak bole nampak or bau or pegang bawang. sgt peninggggggg
sampai laaaa 4 bulan lebih cam tu.
sy gi keje slalu baring je. mmg tak larat. nsb baik guru besar n cikgu2 skolah memahami
mmg seksa gak masa mula2 mabuk.
tp sy smpi skarang pun ade muntah2 gak. tp jarang sgt la. sebulan sekali

Alhamdulillah, setakat ni sy tak penah mengidam benda yg pelik2
dulu mengidam durian, tp tak bole makan.
start 5 bulan lebih sy makan durian. oh, indahnya la perasaan dpt makan durian
sy suka makan pisang. tak kisah la makan pisang goreng ke, buah pisang ke, kerepek pisang ke.
cekodok pisang ke.. sume sy suke. asalkan nama pisang.
skrg ni teringin cempedak pisang. yg ni susah nk cari. ahad lepas abg sy beli buah cempedak.
tp lum masak lg. dh dekat seminggu tak masak2 lg. tp sy sabar... :)
Alhamdulillah, sy bukan jenis yg kalau mengidam kene dpt gak.
kalau x dapat sy tak kisah pun... cume ade sekali tu sy menangis sbb kuih sy ade org makan
tak tau la ape nama kuih tu. atas putih bwh coklat. sy suke makan kuih tu n mama sy beli seketul je. alih2 bile nk makan, hilangggggggggg.... meleleh air mata sy
husband sy n mama sy nk g beli kuih tu blk kt pasar. tp sy tak nak coz sy tau husband sy nak tgk cite glee. sy tak smpi ati nk srh dia pegi
n sy penah menangis coz ayah sy nak tengok bola, tp sy nk tengok this is it kt chanel 411.
husband sy pujuk, dia janji nk beli dvd tu. tp lum dpt lg. dia bz sgt skrg nih. takpe... tak kisah pun
oh yea, sy teringin nak makan roti jala. tp tak dpt pun. sbb tak ckp dgn sape2
cari2 sendiri tp tak dapat. sy malas nk bgtau sape2. coz kalau mama sy tau abis 1 selangor ni dia cari. cam cempedak tu. kt klang dia cari, kat port klang dia cari. selagi tak jumpa dia cari
syok gak jadi org mengandung nih. heheheheh...
skrg ni sy dh bole makan ayam. sgt suke pun makan ayam. cam husband sy lak.
anak sy ikut papa dia kut. n sy suka mkn fast food. dulu gile mkn kt carl's jr.
chili fries dia sgt menggoda. ni pun cam husband sy. suke gile mkn fast food.
2-3 weeks ni husband suke gile mkn mcD. dia lak ngidam. huhuhu
n syok jd org mengandung ni coz kt skolah ramai org bagi mangga
mangga muda, mangga masak, jeruk mangga... hari ni cikgu tu kasi, esok ustaz lak kasi, esok lg kakak cleaner kasi. pastu kakak kantin kasi. syok ooooooooo... makan free! hehehe

hmmm... leh tak smbg lain kali. cam lapar la pulak.
mama msk sambal ikan bilis. memanggil2 pulak kat dapur.
baby kt perut pun dah tendang2. lapar ye sayang? sabar ye sayang... :)
2 orang sedang bergumbira







Thursday, July 9, 2009

He will never be forgotten


~HIS MUSIC WILL LIVE FOREVER~

________§§§$$§§$§§_
_________$$$$$§§§$$§§$§_
_______($$$$$$$§§§$$§§$§§_(§§)_
_______($$$$$$$$$$$$§§$$__$§§$)~
________(§§§$$$$§$$$$§§$$§§$§§$§§~
_R______((_($$§§$§§$§§§§§§§§§$$§§$
________))_(§$$$$$$§§$$§§$§§$§§§§§~
_I_______((_)_((§$$§$$§§$$§§$§§$§§§§((....
___________))_)_§$$))_$$$§§§$$§§$§§$§§§§§
_P_________(__(_))_§$§§§§§$$§§$$§§$§§$§§§
_______________(__$_$$§§§§§§$$§§$$§§$§§$§§
_______________)_$_$§$§§§§§§$§§$$§§$§§§§__§
__________________)$__§§§§§§$§$$_§$$§§___§$§
_________________)§___$§§§§§$§§$_§$$___§§$§§§§
_M_______________)$§__$§$§§§$$$§§§_$__$§§$§§$§§§
_________________§§§§_§$$$$$§§§§§§§$§§_§$$§$$§§$§
_I________________(§___§§§§§§§§§§$§§$$§§_§§$_§§§§§§
__________________(§__$$§§$§§§§§§§§$$§§$§_$§§§§§§§
_C_________________(§_$$§§$§§§§§§§§$$§§_§§$§§§§§§
___________________(§__$$§§§§$§§§§§§$_§§$§§$§§§§
_H_________________(§__$$§§§§$§§§§§__$§§$§§$§§
____________________§__$$_§§§§§§$§§$$§§$§§§§
_A__________________§$§§§_§§§§§$§§$$§§$§§§§
____________________§$§§$$::::§§$$$§§$$§§$_§
_E_______________§§§§:::§$§§$$§__§§$§§$§_§§§
________________$$$$:::§§§§$$$§___§$§§$§§§§§
_L__________$$$§§:::§$§$$$$§§$$__$§§$§§§§§§§
___________$$$§:::§§$§$$$$$§§$$§§$§§$§_§§§§
_________$$$§:::§$$$$$$§§$§§§§§§§$$§__$§§$
_______$$$§::::$$$$$$§§$§§§§§§§$$§§$___§§$
_____$$$§::::$$$$FL$§§§§§§§$$§§$§_______§§
___$$$§::::§$$$$§§§§$$$$§§§§
_$$§::::§§$$§§$§§§§§§§$§§
$§§§$§§§§§$$§§$§§§§§
§§§§§§§$$§§$$§§§§
_§§§§§§§§$§§_§§$
_§§§§§§§§§$§§$_§$§
__§§§§$§§§$§$§§$_§$
___§§§§$§§§$§$§§$_§$
_____$§§§§§§§§§§§$§§$§
______§§§$§§§§§§$§§$§_$§
_______$§§§§§§§$$§$$§§_§§
________§§§§$$§§$$§§$$§§_§
_________§$§$$$§§§§§§$$§§$§§
__________$$$$§§$_§§$§§$§§§§§§$
___________§$§§$§§_§§§§§§§§§$$§§$§§
____________§$§§$§§_§§§§§§§§_$$§§$§
_____________§$§§$§§_$§§§§§__§§$$§
_________________§$$§§$______§§§§§
_________________§§§$§___§§
12 orang sedang bergumbira







Tuesday, July 7, 2009

fasilitator schoolnet


itu jawatan aku. keje baru aku. ok la, aku update 1st day aku kat sek keb sungai b****n. terpaksa dirahsiakan. sebab nanti ade orang nak anta lawyer kat ofis baru aku. huh! setelah 5 hari aku bertraining dan bersuka ria last week, aku pun bertugas di sekolah sebagai fasilitator schoolnet. aku rasa kebanyakan fasi schoolnet ni tak berapa jelas dengan jobscope masing2. tapi kami sume cuba yang terbaik untuk mengICT kan skolah. InsyaAllah. kitorang sedaya upaya tuk membimbing guru dan murid skolah untuk menggunakan IT dalam pengajaran & pembelajaran.

hari pertama, aku sampai skolah pukul 7.50 pagi. time tu student tgh perhimpunan. aku sangat terperanjat dengan bilangan student yang ade. sangattttt sedikit. dan sume guru kat situ pun terperanjat tengok aku sebab diorang tak tau langsung yang aku akan bertugas di situ. lepas je student nyanyi lagu skolah, negaraku je sorang cikgu tegur aku. aku explain kat dia aku sape n dia panggil guru besar. pastu aku pun jumpe guru besar.

lepas perhimpunan, guru besar panggil aku. dia baca surat tawaran aku n dia kata dia memang tak tau langsung yang aku akan bertugas kat skolah tu. aku cakap memang kebanyakan skolah tak tau yang ade fasi schoolnet akan datang. tapi tak pe la. lepas aku terangkan serba sedikit jobscope aku, dia bagi aku meja. baik cikgu besar aku. walaupun tak sedia pape, dia pastikan aku selesa. aku letak sume barang aku pastu aku terus tanye mane komputer tuk skolah. dia kata ade 2 buah komputer je yang boleh guna. yang lain sume dah rosak n dah terlalu lama. windows 95 okeh! lama gileeeee... aku dah pening. kalau ade banyak komputer, aku nak buat 1 kelas untuk student. tapi bile dengar ade 2 je boleh guna, aku agak frust.

lepas dah bincang2 dengan guru besar, aku trus gi tengok komputer2 yang leh guna. letak kat dalam pusat sumber. n pusat sumber ni agak kecik. ye la, student pun dalam 160 orang je. macam mane la aku nak ajar komputer kat student2 ni? adehhhhh.... mula la aku menanya kawan2 lain ape diorang buat. sebab otak memang dah blur tak tau nak buat ape.

bile aku tengok anak2 orang asli ni, aku rasa bersyukur sangat dengan kehidupan yang aku ada. walaupun aku tak dilahirkan dalam keluarga berada tapi aku jauh lebih beruntung dari diorang. murid2 skolah aku ni sume dapat bantuan dari kerajaan. diorang tak bayar pape pun. dari uniform skolah, makan, yuran sume kerajaan bantu. tapi untuk skolah rendah sahaja. bile skolah menengah, tade lagi bantuan. dats y ramai yang tak sambung blaja. sebab tak de duit. kesian kan? ade gak student yang jauhhhh sangat rumah diorang. bayangkan, dari ape yang diorang cakap dengan aku. diorang bangun seawal 5 pagi. gi skolah pukul 6 sebab bas amik pukul 6 n rumah diorang sangat jauh dari skolah. kesian kan? n diorang terpaksa menunggu skolah menengah habis skolah baru la bas amik diorang. dats y cikgu2 buat kelas tambahan waktu petang. diorang ni gak ade masalah komunikasi. bile kita bercakap laju, diorang tak faham. kita kene cakap sebutir2. n kebanyakan diorang masih tak pandai membaca. kesian sangat. cikgu2 skolah aku cuba sedaya upaya tuk membantu diorang. tapi... takde sape nak ajar diorang bile kat umah. oh yea, skolah aku jugak ade buat kelas tuk orang dewasa. start kul 2 sampai kul 4.30 petang. harap2 dapat la membantu diorang.

aku tengah berfikir ape yang boleh aku buat untuk membantu anak2 orang asli nih. aku mungkin akan berbincang dengan guru besar tuk mintak sumbangan komputer. dapat 3 buah pun cukup la. nak ganti yang lama tu. sebab kalau banyak2 pun tak tau nak letak mana pulak kan. aku memang nak buat kelas komputer tuk anak2 orang asli. cuma tak cukup komputer. so, korang rasa kan dengan sape aku leh dapatkan bantuan? sape ada cadangan aku amat hargai.

ni jalan nak ke sekolah aku

aku tak tau mane rumah diorang. masa ni dah pukul 7.50 pagi

ni la makmal komputer merangkap pusat sumber. 2 buah komputer je leh guna

skolah aku guna vsat. skolah korang?

nak balik dah. babai cikgu nana. sume panggil aku cikgu. hehehe

PS I LOVE U- amik... panjang gile update aku. hehehehe
29 orang sedang bergumbira







Thursday, July 2, 2009

update-update


hi korang... ni berblogging dari tempat training. malam ni tido sini. untuk pengetahuan semua, aku dah berhenti keje. n dapat keje lain. minggu ni aku training. 5 hari. dekat je dengan umah aku. hari2 aku ulang alik. tapi hari ni aku saje tido hostel. sebab kawan2 kat tempat training ni best. sume otak gile2. pas training ni aku mungkin ditempatkan kat tempat yang mungkin susah untuk aku berblog. aku akan rindu blog aku, n korang sume. walaupun aku jarang update nanti, sudi2 la jenguk blog aku ni.

seronok tul training nih. dah la makan sehari 4 kali. lauk memanjang ayam jeee. padahal aku baru je berniat tak nak makan ayam banyak2. tapi bile nampak ayam, tak leh katakan tidak. pastu instructor pun best. kawan2 lagi la best! aku harap tempat keje aku nanti tu pun best. walaupun sangat jauh dari umah aku. aku sebenarnye susah ati sangat nak keje jauh2 ni. aku kalau bole nak keje dekat dengan umah. mesti korang ingat aku ni anak manja kan? bukan... aku semenjak form 1 dok hostel. sampai la umur aku 26 tahun jarang melekat kat umah. so, bile keje ni aku nak la dok umah. b4 aku kawin... heheheh... hopefully aku dapat la tukar tempat. korang sume doakan aku ye dapat tukar tempat dekat dengan umah aku. aku harap sumenye ok! aku selalu ade masalah nak tutup cerita. korang tengok je la gambar2 aku nih. sekian, terima kasih!

kumpulan nasyid al-wahidah

mengontrol ayu je masing2

P.S I LOVE U- mai, i rindu kat u! so sori tak dapat jumpe u b4 i balik hari tu
12 orang sedang bergumbira







Monday, June 22, 2009

sesi bersama?


cik hel! oh, n kawan cik hel bernama ain. kitorang jumpe kat sunway pyramid. tapi cik nana sangat jahat kerana datang lewat 1 jam setengah. maap ye cik hel. sudah ku terangkan mengapa. memang tak dapat dielakkan. bukan salah diriku ini.

dah la bile sampai pyramid, parking full. pastu selama ni dah habis tawaf pyramid tu, leh terlupe lak kat mane studio r. zaman2 study dulu, punye la rajin gi studio r pyramid. memang sengal sebab kelam kabut. dari jauh cik hel dah senyum. nasib baik cik hel n cik nana leh cam walaupun tak penah berjumpe. bile dah jumpe cik hel, leh la pulak tak tau mane subway tuh. oh yea, cik hel belanje aku subway. dah la belanje makan, dapat hadiah lak. tengkiuuuuuu cik hel. i lap u so much! malu je tak bagi cik hel pape.

masa mule2 tu, cik hel diam je. aku yang banyak cakap. hahahaha... nervous tuh. bile nervous, aku jadi banyak cakap. sampai tak tau ape sebenarnye motif aku cite pasal benda tu. bile pikir2 balik, eh... nape aku cite pasal ni kat cik hel. paham ke cik hel nih? hahahaha... memang sengal. dah la borak cam tak ingat dunia. oh, cik hel ngata aku jalan cepat ye. hahaha... lain kali pakai kasut flat ye bile berjumpe cik nana. kekekekke....

tapi jumpe kejap je. kul 7.15 dah balik. rasa tak puas la... lain kali kalau kita jumpe lagi cik hel nak ajak main ice skating pulak. ishhhh... ngeri. kalau nak main ajak ain tau. nanti ade geng tak pandai main. tengkiu cik hel sebab sudi jumpe cik nana. sori sangat sebab lambat. memang best jumpe u. jangan serik ye. heheheh...



cantik kan??? sangat comel tau. thanks ye cik hel!

P.S I LOVE U- teringat zaman study dulu. :(
25 orang sedang bergumbira







Thursday, June 4, 2009

selamat menjadi tua


amboi... amboi... amboi....
kemain lagi korang ye gelakkan cik nana
takpeeeee.... hehehehe
tu laaaaa... kalut sangat
sampai soalan tag pun salah
hahahahah

sabtu lepas aku n family wat bbq kat bagan lalang
makanan adalah super duper banyak gileeee
kitorang gerak lepas zohor.
dalam kul 2 cam tu, sampai sana kul 3 lebih
aku tak penah gi bagan lalang nih
selalu dengar cite orang cakap bagan lalang sekarang dah cantik
bile gi sana aku pun tak pasti ape yang cantiknyeee
gambar pantai bagan lalang tade
yang ade gambar aku yang cantik ni jeeee
sila abaikan muke aku yang cam bibik2 nih ye
kata berbbq kan... takkan la nak pakai makeup lak
lagipun encik tunang tiada, so malas nak cun2

saya bersama makcik saya yang sangat cantekkkkk ;p

ini adalah kambing n ayam bakar, sos cili, n buah mangga

ni ikan bakar ye kawan2

aku dah makan kek b4 aku sambut birthday aku
sebelum kitorang kemas2 nak balik tetiba kakak ipar aku muncul bersama2 kek
nasib baik kek tak cair dalam kete tu
kalau cair, aku paksa gak orang makan
anak2 buah aku menyanyi lagu birthday tuk aku adalah sangat kuat
orang keliling pandang2
aku pedulik ape kan.... yang penting aku tiup lilin n potong kek
muahahhahahhaha
sambutan diadakan awal kerana 3 jun tu hari rabu
tade keje la abang aku nak sambut hari rabu lepas kan
aku sangat hepi.....


nasib baik kek ni tak cair

kek bersama lilin yang menyala (ape laaa ayat aku nih)


nampak tak aku cuba potong kek tanpa tiup lilin
serius aku lupe nak tiup lilin tu dulu

baru laaaaaa teringat nak tiup

peaceeeee... saya masih berumur 26 tahun

dear alang
happy birthday in advance

semalam lagi super duper hepi tau
encik tunang balik keje gi jumpe aku
kesian dia. dah la penat pindah umah semua
pastu nak melayan tunang dia celebrate birthday
aku sayang diaaaaaaaaaaaa (sila muntah la korang)
kitorang makan kat kenny rogers kat jusco bukit tinggi
tak sempat nak gi jauh2
dia sampai pun dah kul 9
dah makan2 tu kitorang lepak luar

ini adalah gambar disaat melepak di luar jusco
kitorang tengah bincang sesuatu yang agak serius
sila abaikan muke aku yang cam tak siap tu
wah.... encik tunang semakin debab yeeee

pastu bile masuk kete encik tunang amik sesuatu dari seat blakang
jeng jeng jeng...... cuba teka ape dia????
betul.......... mesti lah hadiah kan
tapi ape dia???

ape dia???
ape dia???

ape dia???
ape dia???

teka laaaaa
teka lagi
dan lagi
dan lagi
kasi korang muntah nak teka
jeng... jeng.... jeng...


dapat encik samsung yang slim

saat aku dapat benda ni aku menangis
sebab benda ni laaaa yang aku nak sangat
tak payah la cik nana nak mengumpul duit beli camera lagi
wehuuuuuuuuuuuuuu.... time kasih encik tunang
Alhamdulillah, aku dapat ape yang aku nak

n hari ini aku dapat ini pulak
dari officemate aku
tengkiuuuuu puan mai


sebab sedap sangat, dah makan baru ingat nak snap

sekian sahaja cerita buat kali ini. kita bersambung di lain hari

P.S I LOVE U- muntah la korang baca entry aku cite pasal birthday aku
9 orang sedang bergumbira







Saturday, May 23, 2009

ada sesuatu


khamis malam jumaat saya tak leh tido
sebab panas. panas lain macam malam tu
sampai kan mama tido kat ruang tamu
saya lak rasa 'tak sihat' khamis tu
memang bercadang nak amik mc jumaat tu
dalam kul 8 pagi, tetiba mama saya ketuk pintu bilik saya sangat kuat
saya pelik gak, apesal mama ketuk pintu bilik saya
sedangkan mama dah tau dah saya nak mc
saya terus bangun n bawak bantal kuar bilik
mama cakap "akak, keluar cepat"
"kenapa ma..." saya tanya mama saya
saya tengok mama, adik saya n adik ipar saya, anak buah saya semua kat ruang tamu
bile saya kuar, mama tunjuk sesuatu kat saya
nak tau ape dia??? sila lihat gambar di bawah ini

baik punye landing kan??? saya yang amik gambar ular ni. tu pasal jauh

ye kawan2. seekor ular sawa dijumpai dalam lubang angin umah saya
adik saya yang jumpa.
time tu dia nak bukak sliding door kat ruang tamu
dia dah nampak ular tu dari jauh. tp tak tau ape benda
dia ingatkan burung. bile dia tengok dekat2, rupenye ular sawa
lepas tu, adik saya call bomba
ekceli, bape hari yang lepas mama saya kata dia macam dengar bunyi ular
ingatkan mama berhayal je. rupenyeee... betul!
sementara menunggu bomba datang, kitorang pun tangkap gambar ular tu dekat2

ni adik ipar saya yang amik gambar. tu pasal dekat. tido ke tak ek?

mengikut dari ape yang kitorang lihat, ular tu tengah tido

tapi tak tau la ular tu pura2 tido ke ape
1 jam kemudian, pertahanan awam
saya imagine yang bomba akan datang
mesti semua jiran saya terkejut kalau dengar siren bomba
tapi rupenye pertahanan awam yang datang

2 orang assistant pakcik ni jolok ular ni dari luar

pastu pakcik ni panggil assistant dia suruh masuk dlm rumah

ular ni cuba menyorok kat langsir

tapi berjaya dikorek keluar oleh brader nih

ni dah berjaya ditangkap. ni tengah try nak masukkan dalam guni

tapi tak berjaya. sebab ular ni dah lilit kat tangan brader nih

sebelum masuk dalam guni ular ni bagi hadiah kat brader ni.
nak tau hadiah ape?? dia kencing kat tangan brader nih

susah gak nak tangkap ular nih
walaupun kategori tak besar sangat, tapi 3 orang nak tangkap pun susah
ular ni agak agresif. mungkin dia terkejut kot
saya sampai sekarang terfikir, macam mana ular tu boleh panjat n lepak kat lubang angin tu
dari luar rumah or dari dalam rumah
saya syukur sangat coz mama saya takde pape. ye la, mama saya kan tido kat ruang tamu
n dekat gak dengan ular tu
uishhhhh... tak dapat saya bayangkan sebenarnye
n syukur sangat coz kucing saya tade pape
takut gak dia baham kucing2 saya
saya ucapkan berbanyak2 terima kasih kat abang2 n pakcik pertahanan awam
pakcik pertahanan awam tu ade cerita kat kitorang
dalam minggu ni, ni la ular paling kecil yang diorang tangkap
ade 1 kes di PJ, diorang tangkap ular sawa sebesar peha lelaki
pakcik tu kata anaconda. ular tu kat dalam saluran paip
5 orang tangkap pun tak larat katanye

ape pun, sekarang ni semua dalam ketakutan
nak masuk bilik air pun takut. hahahahah.....
n saya sampai sekarang loya. tak tau pesal
pas je tengok ular tu, terus saya pening n loya

P.S I LOVE U - tulis blog bertemankan kucing2 saya. takutttttttttttttttt
10 orang sedang bergumbira







Thursday, May 21, 2009

kene tipu


dulu masa kecik2 saya ni putih.
tapi takde la putih melepak laaa
kirenye cerah laa.. ikut ayah
dalam adik beradik saya, abang saya yang sulung n saya yang cerah
adik saya n abang no dua gelap skit

masa saya darjah 3, saya pindah sekolah
1 hari tu kawan saya tanye kat saya
"nana, cane kau boleh putih ye?"
lama saya diam. ape la saya nak jawab nih
tetiba saya jawab cam ni
"oooo... kalau kau nak jadi putih, masa kau mandi kau gosok badan kau guna sabun banyak2, nanti putih la kau"
dia pun mengangguk bile saya jawab macam tu.
dia percaya saya 100%
bile saya balik, saya tanye mama saya
"ma, tadi kawan akak tanye cane nana bole cerah"
"akak jawab ape?" tanye mama saya
"akak jawab laa, kalau nak cerah kene gosok badan guna sabun banyak2 masa mandi. betul kan ma?"
mama saya gelak jeee. pastu mama saya jawab cani
"mama tengok akak mandi sabun perut je. tade pun sabun 1 badan"
pastu saya diam.
kene tipu la gamaknye kawan saya tu....

selang beberapa minggu, kawan saya cakap dengan saya cani
"tak putih2 pun aku. hari2 aku guna sabun banyak"
"hmmm.... kau buat je macam aku suruh"
lepas tu dia dah tak tanye dah
mungkin dia give up kot.
sekarang ni kalau dia tanye cane nak putih
saya akan suruh pakai fair n lovely, de putih, de melepak, dan segala mak nenek produk kasi putih.
sori yeeeee orang yang berkenaan.
saya tak tau nak jawab ape time tu. hehehhehe


peaceeeeee.... (camera tiada flash. so tidak nampak kecerahan saya ini)

P.S I LOVE U - saya rasa tak sihat la. cam nak MC je esok.
5 orang sedang bergumbira







Saturday, May 16, 2009

memori terindah


saya baru je baca blog kawan saya si nan. ternampak gambar kitorang zaman skolah
hihihihihi... kelakar je muka masing2 time tu
sejak dari form 1 saya duduk hostel. form 1 - 3 saya skolah kat kuala selangor
masuk form 4, saya pindah sekolah kat teknik klang.
memang dekat dengan rumah, tapi mama suruh saya dok hostel gak
masa skolah teknik, memang best. kawan2 sume pale gile2
n kitorang still contact lg. biasanye kalau sesape kawin, sure kitorang janji g same2 dgn pasangan masing2. n kitorang dengan tak tau malunye bergambar sakan kat kenduri kawin kawan2 kami
time form 4 memang la sangat tak best. maklum lah ade senior.
senior kitorang ni tah pape sangat2. ade ke bile budak laki pandang kitorang pun diorg marah
nak wat cane kitorang memang cun. (sila muntah...)
khamis malam jumaat selalunye kitorang junior2 ni jadi mangsa laaa
biasanye senior2 kami yang tah pape akan panggil budak2 yang 'bermasalah' tu suruh berdiri depan ramai2 orang n marah budak tu depan sume orang.
saya penah kena. tapi tak ingat bape kali. yang paling saya ingat sebab saya tak bagi salam kat senior bile terserempak dengan diorang. sengal sungguhhhhhhh.....
kitorang berdendam dengan senior kitorang nih
kitorang cume menunggu diorang habis skolah je.
saya ingat lagi bile result spmv kuar.
time tu tuk makanan tengahari, pencuci mulutnye buah tembikai
oleh kerana dendam di hati, kawan2 saya standby kat koridor asrama dengan kulit tembikai
bile senior kitorang nak masuk asrama, diorang baling dengan kulit tembikai
pastu kitorang pun gelakkan diorang. puas hati tul time tuh bile nampak diorang kene baling dengan kulit tembikai. sape suruh jahat dengan kitorang kan???
n saya ingat lagi salah seorang senior kitorang yang paling kitorang benci tu dapat SAP
mungkin sebab kitorang doakan dia dapat SAP kot.
teruk kitorang kena. memang la tak kena penderaan fizikal, tapi mental kitorang terdera dengan teruknye tau.

bile kitorang masuk form 5, kitorang tak buat cam tu.
lagipun kawan baik saya sendiri jadi penghulu asrama n naib penghulu asrama
tak sampai hati la nak buat junior kitorang cam kitorang kene
bile naik form 5, memang laaaa best
kawan2 saya penah kantoi dengan warden sebab tak prep
bole la pulak berdikir barat kat dalam dorm
salah sorang yang kantoi ni sekarang dah jadi lecturer kat matrikulasi
banyak gak saya terlepas acara2 yang seronok nih....
contohnye menyeludup gi dewan makan n amik buah
hahahaha.... time tu saya tido awal
yang paling saya ingat sampai sekarang masa tu ketua warden kitorang tade
g melawat sekolah teknik paling bersih kat malaysia
teknik stadium kot. kat kedah
kitorang melepak kat koridor sambil nyanyi2
kawan saya lak main gitar. dia ni cam tomboy dulu
saya dengar cite nak kawin dah dia ni
tahniah! jangan lupe jemput tau
n pastu nampak kelibat budak laki masuk asrama kitorang
sengal tul budak2 laki nih. mengambil kesempatan bile warden tade
nasib baik tade kejadian yang tak diingini berlaku

kitorang dalam dorm ade 2 group
satu TOMBENG, satu lagi BANGKRENG
bunyi jawakan??? sekolah teknik memang ramai jawa
majoriti dalam grup ni jawa
tombeng ade 7 orang
saya, yani, oyot, ita, wawa, kak rin, along n wana
bangkreng lak ade 5 rasanye
arm, nan, mak su, arn, bel n leha. sori kalau ade yang tertinggal
kitorang tombeng ni time form 4 dah nangis2 sebab bile pas habis skolah akan berpisah
poyo kan??? hahahah... belum pape dah nangis2
n.... buat si tombeng sume kalau yang ade baca blog saya nih
ingat tak projek kita berkumpul ramai2 kat katil wana tu???
hehehhe.... memang kelakar kan?
ingat tak MAS-Q-RED party tu??
yani pakai baju pari2... comel sungguh.
sekarang yani tak leh pakai baju pari2 dah... sebab dah mengandung 5 bulan
tahniah beb..... bagi baju tu kat anak kau tau!
memang best time skolah. yang tak best kene bangun pagi je
oh yeaa... dikesempatan ini saya nak ucapkan selamat hari guru buat semua guru sekolah saya
terutama skali cikgu kamariah n cikgu jenny.
cikgu jenny.... disebabkan cikgu saya pandai menaip tanpa lihat keyboard
hhiihihihi.... gara2 nak amik exam kitorang sume pandai menaip tanpa lihat keyboard
maunye tak pandai, cikgu dah siapkan pembaris kalau kitorang menaip tengok keyboard

sekarang ni sume dah besar. dah ade kerjaya sendiri, family sendiri
jumpe pun jarang2...
ape2 pun kenangan tu still dalam ingatan saya
sayang korang semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

credit : nan
paling atas - LEHA
barisan kedua dari kiri - WANA, WAWA, YANI, NAN, ITA, ALONG
paling bawah dari kiri - KAK RIN, ME, ARN


8 orang sedang bergumbira







PUJAAN HATI HAMBA

Blog Kita
 

From Cik to Puan Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez