Wednesday, November 4, 2009

from CIK to PUAN


salam kawan-kawan.... Alhamdulillah, sekarang saya dah bergelar isteri. thanks pada sume kawan2 yang hadir n yang wish.

thanks pada family yang bertungkus lumus memastikan majlis perkahwinan saya berjalan dengan lancar. mama yang selalu tak cukup tdo, abg yang berkejar ke sana sini. adik n adik ipar aku yg bertungkus lumus, kakak2 ipar aku yg penat membuat kerja. cousin2, makcik pakcik, n jiran2.

thanks pada nas iaitu pengapit aku yang tak jemu2 membantu aku dari segi persiapan sebelum majlis n semasa majlis. walaupun kita baru kenal, tapi ko memang kawan yang sangat baik. aku sangat terharu.

thanks pada nan iaitu kawan sekolah aku yang merekemenkan n mencari mak andam, photographer n sebagainye n yang paling penting menyetelkan masalah baju n tudung n kerusi sanding aku. ko memang best!

thanks pada fuzah, yang sanggup datang walaupun br balik keje kul 8 pg tu. ko memang sentiasa ade tuk aku. aku sangat menghargainye...

thanks pada semuaaaaaaaaaaaa kawan2 n sedara mara yang datang tuk memeriahkan majlis perkahwinan kami. aku sangat hepi sbb korang sume datang.

n thanks pd suami ku yang tercinta. thanks sbb sudi menjadi suami ayang. thanks!

after nikah

wif my hubby

bunga tangan saye...

malam berinai

pelamin kami


wif hazmi n ewin

ewin..

di atas pelamin

credit to hazmi @ lensabulat.blogspot.com

17 orang sedang bergumbira







Monday, October 19, 2009

Jemputan buat semua


salam kawan2... lama sangat tak update kan
skrg tgh bz wat persiapan. tinggal minggu depan je.
dikesempatan ini, saya nk jemput sumeee kawan2 blogger untuk hadir ke majlis perkahwinan saya pada 1 november 2009.
hopefully, sume sudi datang ye.


11 orang sedang bergumbira







Monday, September 14, 2009

penari cilik sekolah cik nana


hi uollll....
nak promote blog Kumpulan Seni Anak Mahmeri (KuSERI) sekolah cik nana.
sapa2 yang berminat nak diorang wat show untuk majlis korang, leh contact sekolah.
harga boleh dirunding. ;)
sila2 la ke blog KuSERI ye. thanks!



4 orang sedang bergumbira







Tuesday, September 8, 2009

cik nana nak belanje makan.


salam uoolllll...
nak tanye address kawan2.
nak anta kad jemputan. cik nana nak belanje makan.
pada semua yang mengenali cik nana, sila hantar alamat rumah ke ciknanablog[at]gmail[dot]com.
nak letak kat comment box pun boleh.

sekali lagi, sape2 yang tersinggah blog ni n mengenali tuan punye blog ni sila la emailkan alamat rumah anda ye.
terima kasih tau.... ;)
16 orang sedang bergumbira







Friday, September 4, 2009

mane spa yang best?


lagi sekali nak tanye. sesape yang duduk area klang or shah alam.
sape tau kat mane spa yang best?
kalau tau, bagitau ek...
11 orang sedang bergumbira







Tuesday, September 1, 2009

bile nak raya nih.


lama betul tak update.
n lama betul tak jenguk blog kawan2 lain.
sori la ye tak jenguk kamu-kamu semua.
ade banyak keje sangat nak kene buat.
puasa kali ni tak terasa sangat kan.
coz hujannnn je. tak rasa sangat lapar n dahaga.

last week buka puasa kat hotel uitm shah alam.
dengan cikgu2 sekolah ni.
makanan sangat2 tak sedap n tak best.
pastu pilihan tak banyak lak.
salah pilihan tul. tapi tak pe la.
pas ni jangan pegi lagi.
pas buka, gi sacc mall.
tade ape yang menarik pun. pastu gi uptown shah alam.
balik lambat gak. nasib baik tak kene marah dengan mama.

tahun ni cam malas je nak buat kuih raya.
aku ingat adik pun malas, coz anak buah aku tu dah makin besar.
tetiba dia tanye mama lak bile nak beli kuih.
musnaaaaahhhhhhh impian aku nak membeli je.
aku kemalasannnnnn sangat nak buat kuih raya tahun nih.
jangan adik aku gatal nak buat kuih tart dah la.
sungguh leceh itu kuih. jangan ade yang gatallllll nak kuih almond london. (ke london almond) dah laaaa... memang tak sanggup nak buat!
tolonggggggggg... penyakit kemalasannnn dah melanda.

tahun ni raya tak bape nak best la.
coz tak leh cuti lama2. so, tak leh la berfoya2.
n tahun dah start kasi duit rayaaaaa....
n dah tak dapat lagi duit raya. nak duit rayaaaaaaaaaaaaa
korang kasi duit raya ek. leh tak?
13 orang sedang bergumbira







Saturday, August 22, 2009

salam ramadhan


assalamualaikum buat teman2 blogger.
aku baru je selesai masak nasi ayam.
bukan la aku yang masak sume.
aku cume assistant chef je.
kalau aku yang masak, sure bukan jadi nasi ayam. tapi nasi untuk ayam makan.
tapi buat pertama kali dalam hidup aku, pagi tadi aku yang masak sahur.
mama demam. semalam pun aku yang masak tau.
tak percaya? sila la percaya. sape2 yang kenal aku sure tak percaya.
ala, pagi tadi kacang je. aku masak sayur bening kubis n telur dadar.
poyo je kan. cam hebat sangat.
semalam untuk makan malam, aku masak ikan kerapu berlada n sayur kubis.
asyik2 kubis je kan? aku suke kubis. so, aku masak ikut selera tekak aku.
kesian mama, selalu demam2 pun larat nak masak.

so, dikesempatan ini cik nana nak ucapkan selamat berpuasa n selamat berterawikh.
n mintak maaf zahir batin.
jangan ade yang ponteng puasa tau. tak baik punyeeeee

P.S I LOVE U- teringin makan popia basah. haiii... nafsuuuuuu
21 orang sedang bergumbira







Wednesday, August 19, 2009

bengang!


aku paling menyampah dengan orang yang suke nak menyibuk hal orang lain.
aku ade kisah ke pasal ko?
jangan nak sibuk pasal aku leh tak?
bosan la ko nih. tade keje agaknye!

maaf, cik nana terlalu emo ketika ini.
entry ini diwujudkan kerana dia mungkin membaca blog aku.

BUAT KAU, berhenti menview aku!
23 orang sedang bergumbira







urgent!


minta bantuan dari sume kawan2....
ade orang tengah mencari wedding photographer.
ade cadangan tak?
17 orang sedang bergumbira







Monday, August 17, 2009

Minum air rebusan jintan manis untuk elak H1N1


Sharjah: Drinking a decoction made of fennel seeds soaked in warm water first thing in the morning could prevent you from catching swine flu says a study published in a Chinese medical research magazine.

According to report published in Al Khaleej a local Arabic daily, the study has resulted in an increase of fennel seeds sales by 50 per cent in some Asian countries.

The report read that similar increase in sales was also visible in countries like Saudi Arabia and Egypt.

The fennel seed warm drink is being distributed to people who are making pilgrimage to the holy cities of Makkah and Madinah.

source: gulfnews.com

mari la kita beramai2 minum air rebusan jintan manis ni. Aku risau lak mendengar berita tiap2 pagi. hari2 ade je orang yang mati disebabkan H1N1. mane la tau berkesan kan. kita cuba la. aku ada baca gak, kalau sape2 yang kene H1N1 tu makan epal hijau sehari 6 biji dengan air fresh orange. InsyaAllah sembuh.
5 orang sedang bergumbira







Thursday, August 13, 2009

rintihan hati hamba


hi, dah lama aku tak update kan.
mood aku hilang sejak bertimpa2 masalah aku.
mood nak blogging hilang, mood nak baca blog kawan2 pun hilang, mood nak makan hilang.
segalanye la hilang. tapi sekarang aku dah ok dah.
Alhamdulillah, syukur Allah dah kasi cahaya matahari n dapat pelangi lagi.
harap2 aku tak leka dengan segala pemberian Allah.

sekarang ni aku bz update website sekolah.
susah gak ek guna joomla nih. nasib baik dah sedia ada.
tak yah nak install2 lagi. aku tengah cari template baru tuk web sekolah.
ade sape2 tau tak kat mane aku leh dapatkan template yang gempak2 tapi free?
kasi tau aku ye. tengkiu.

hmmmm... cane nak hilangkan rasa marah pada seseorang?
hati aku sedikit terguris sekarang nih. walaupun dah settle, tapi... sakit ni masih terasa.
aku teringat pesan abg aku time aku suke nau gaduh dengan tunang aku dulu. (oppsss... kantoi)
bile nana marah, amik jarum n gabus or paper or pape yg kita leh cucuk pin tu.
sekali kita sakitkan ati orang tu, dia suruh aku cucuk kat gabus tu.
bile dah ok, cabut pin tu balik. pastu tengok bape banyak lubang yang ade kat gabus tu.
maksud abg aku tu, walaupun kita dah mintak maaf pada orang tu, tapi kesan dalam hati orang tu masih ade. sama cam gabus tu, walaupun kita dah buang pin tu, tapi kesan tu tetap ade.
sebaiknye kita jangan sakitkan ati seseorang. (ye ke nana oiiiii)

mmmm... tengah bengang gak nih. gaji tak masuk2 lagi. duit dah tade dah.
huhuhu.... sedih wooooo... banyak sangat benda nak kene bayar nih.
kawan2 aku lain pun dah mengeluh panjang dah.
tapi bersabar la ye. kpkk pun banyak keje gak nak buat.
hopefully, dis week dah masuk gaji kita sume. duit aku tinggal rm30 je nih.
bersabarlah rakan2 n cik nana.....
14 orang sedang bergumbira







Thursday, August 6, 2009

tidooo... zzzzzzzzzz


malunye la aku tadi. syok2 aku telungkup kepala aku kat meja n tutup muke aku guna telekung
tetiba guru besar masuk lak pusat sumber
nasib baik dia tak marah. dia gelak2 je nengok aku tido
rupe2 nye dia cari aku nak kasi buah jambu
syukur Alhamdulillah. aku baru nak beli time balik nanti
rezeki datang bergolek2. ;)

cite pasal tido nih, aku ade habit kalau nak tido
aku kalau nak tido mesti kene tutup muke
tak kisah la guna bantal or kain. kalau tak aku susah nak tido
kalau aku tido kat umah orang lak. aku mesti peluk or tutup muke aku dengan barang kepunyaan aku.
contohnye cam tuala ke, kain ke. mesti aku kene pegang
kalau tak tak leh tido gak. bile pegang benda tu, rasa macam kat bilik sendiri kononnye
kalau balik kampung ayah aku, biasanye aku akan bawak selimut sendiri
tak pun bantal. bonet kete kadang2 penuh dengan bantal. huhuhuhu
anak buah aku yang perempuan tu pulak. masa dia nak tido, dia akan gosok kaki dia kat bantal
dia akan buat cam tu sampai dia terlelap. dia memang ade bantal khas tuk gosok kaki
memang dah lunyai la bantal tu aku tengok

aku ngantuk laaaaa... aku tido lewat malam tadi. ni sume sebab tengok cite coffee prince tu
ending cite tu memang mengecewakan.
tapi aku tetap jatuh cinta kat gong yoo tu. heheheh

P.S I LOVE U- korang tido cane lak?
9 orang sedang bergumbira







Wednesday, August 5, 2009

aku jatuh cinta lagi


aku jatuh cinta!!!!
hensemnye la dia nih. comel2 je perangai
nape la ko ni hensem sangat.
selamat tinggal rain. aku dah jatuh cinta kat orang lain

sarang hae yo, gong yoo (i love u, gong yoo)


aku bukan curang dengan tunang aku.
heheheh... tu pelakon cite the 1st shop of coffee prince tu.
bile tengok cite korea nih, diorang bercinta sume sweet2 je
ade ke orang cam tu ek? ke hanya lakonan semata2?
masa mula2 bercinta tu mesti la comel2 je rasanye
tp bile dah lama2 tu, cam dah suram2 skit
ade ke ek yang kekal comel2 walaupun dah bertahun2?
sape la yang bertuah tu. hehehehhe....
14 orang sedang bergumbira







Tuesday, August 4, 2009

cik nana kesedihan


akhir2 ni aku banyak sangat masalah
sampai semalam sakit kepala
lepas 1, 1 masalah timbul
kadang2 rasa cam tak tahan
tp bile pikir2 balik, ni semua dugaan Allah
bak kata abang aku, kalau hidup tade masalah rasa tak adventure
n tak mematangkan aku. ada problem pun tak matang gak. huhuhuhu
hmmmm... ntah la. cara aku release tension aku bawak kete laju2
pastu jerit2 dalam kete, nangis2 dalam kete
tp bile pikir2 balik, bahaya lak kan...

selamat tinggal masalah hari ini
selamat datang masalah esok
eh, ke hari ni punye masalah tak nak babai?

ape pun aku anggap masalah ni ade kebaikannye
aku ingat Allah selalu. bile hepi, aku lupe Allah selalu
aku syukur aku masih ade orang yang aku sayang n orang yang sayang aku
thanks mama, ayah, abang, adik n b.
15 orang sedang bergumbira







Monday, August 3, 2009

the 1st shop of coffee prince


sekarang aku gile nengok cite korea kat mysoju.com
jadinye aku jarang update blog. huhuhuhu
thanks to nas sebab kasi link kat aku
aku tengah tengok cite the 1st shop of coffee prince
genre comedy n romantic
setakat aku tengok ni memang best la cite ni
aku tak nak cite kat korang cane cite ni
korang tengok sendiri. nanti tak suprise lak kan
hahahaha.... kalau ade yang dah tengok tu, best kan???? kan jenet kan....
ok la, nak wat keje. ade keje kene buat.
nak buat cepat2. nanti leh sambung tengok cite ni.
daaaaaaaaaaaaa
6 orang sedang bergumbira







Tuesday, July 28, 2009

cerita kurang best


setelah berfoya-foyaan di kelantan, hari ni aku masuk keje
sampai je kat sekolah, guru besar n 3 orang cikgu tengah duduk kat pondok bacaan
masing2 muke masam je. aku nak tegur pun tak berani
kul 8.15 cam biasa aku gi kantin tuk minum pagi
cikgu2 ade kat situ sume muka masam2 n sedih
rupe2 nya sorang student sekolah aku lemas semalam
sekarang kat icu. patut la semua cikgu sedih

kisahnye, semalam lepas je habis latihan menari dia n kawan2 dia gi tasik kat belakang sekolah
time dia mandi2 tu tetiba dia lemas. dia mintak tolong kawan dia
tapi kawan2 dia ingat dia main2 je. so diorang wat tak tau
tapi sorang kawan dia yang tak mandi ni rasa tak sedap ati n gi selamatkan dia
dah la budak yang selamatkan dia tu kecik je, n tak tau berenang
n Alhamdulillah dia berjaya gak selamatkan kawan dia
pastu kawan2 dia lari ke rumah budak yang lemas nih tuk panggil bapak dia
time tu budak tu dah biru dah. mungkin dah terlalu banyak telan air

mula2 bapak dia hantar gi hospital banting, tapi hospital banting hantar ke klang
terus masuk icu. n dengar cite hidung n telinga dia kuar darah
tadi aku tanye guru besar cane keadaan dia. guru besar kata dia dah sedar
cume kene guna lagi alat bantuan pernafasan tu.
guru besar gi melawat dia dengan cikgu tarian. mula2 guru besar masuk dulu
dia senyum2 lagi kat guru besar. tapi bile je nampak cikgu tarian, terus tutup muka
hehehhee... takut kene marah la tu. syukur Alhamdulillah dia dah ok
kalau tak guru besar cakap susah la sekolah nanti
doakan ye kawan2, semoga dia cepat sembuh
10 orang sedang bergumbira







Thursday, July 23, 2009

entry cukup syarat


cik nana ke kelantan esok. jangan nakal2 bile masuk ke blog ni
ke kelantan bukan la nak berfoya2 or berenjoy-enjoyan
tapi ade benda yang perlu dibuat
tapi.... kan best kalau gaji dah masuk. leh la bershoping-shopingan dengan hati yang gembira
hehehe... nak gak bershoping-shopingan. baru kata tadi bukan nak berenjoy-enjoyan kan?
tempat manakah yang perlu aku lawati bile ke kelantan ye?
kalau yang tau sila tinggalkan komen
yang tak tau pun leh tinggalkan komen gak. hihihi
daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....
15 orang sedang bergumbira







Tuesday, July 21, 2009

bukan restoran ayah liyana jasmay


tolong...tolong... tekak aku terasa2 lagi ikan patin
nape orang kata ikan patin sedap. aku rasa loya lak makan ikan patin nih
nasib baik ade ikan pekasam. leh cover sikit rasa loya ni
tetiba cite pasal loya lak ek. tadi, aku makan ikan patin
ade cikgu sekolah ni bawak. suruh akak kantin tu masak. kitorang kul 10.30 time bebudak rehat kitorang akan makan beramai2.
ni kiranya lunch aku lah nih. kalau tak makan, berlapar la aku sampai petang

akak kantin ni masak ikan patin tempoyak. aku pun try la makan.
bile masuk mulut je, rasa cam tak bole blah
terus aku sumbat ikan pekasam banyak2.
aku pelik tul aaaa tekak aku nih. orang lain beli ikan patin sampai beratus2 ringgit
aku tak bole lak telan. ishhhh... kalau teringat ikan patin tadi rasa cam nak muntah
tak nak lagi dah makan ikan patin
15 orang sedang bergumbira







Monday, July 20, 2009

fasilitator schoolnet lagi


korang, aku dapat maklumat yang kita semua kene submit kedatangan kita
ni untuk fasi selangor. fasi negeri lain aku tak sure
kalau sekolah yang takde punch card, wat dalam excel bagi kat guru besar untuk sign
pastu scan n hantar ke email ni fs3_skmmcro@yahoo.com
tapi format tak de lagi. aku dapat tahu kita kene hantar hari ni.
kalau lambat hantar, gaji lambat.
korang dah join yahoogroup fasi selangor?
kalau belum, join tau. fs_sel2
4 orang sedang bergumbira







Thursday, July 16, 2009

aku nak menari esok


lupekan sebentar pasal notebook ku yang rosak itu
esok cik nana n cikgu2 sume akan berpoco-poco
seronoknyeee... tapi kene gerak awal ke sekolah
sebab poco2 bermula jam 7.45
tapi yang pastinya sume orang tak tau berpoco2
jangan bertukar jadi pocong2 dah la
aku dah download kan lagu poco2 tuk cikgu napi
semoga malam ni dia sempat create step pape pun tuk poco2 esok
cikgu napi terer oooo menari
skolah aku no 1 juara daerah tau tuk tarian
tuk negeri no 3. nanti aku letak gambar diorang berlatih tarian ek
memang hebat laaa... siap angkat2 lagi tu
selamat berpoco2 kepada cik nana dan cikgu2 sekolah aku
11 orang sedang bergumbira







Wednesday, July 15, 2009

macam-macam hal


blogger-emoticon.blogspot.com tensionnnyeeeeee
tengah syok2 aku chatting dgn kawan aku tetiba notebook aku hang
aku ctrl+alt+del banyak kali tak leh gak.
aku cabut off suis notebook aku n on balik
tapi tak leh masuk windows
asyik restart je. bile kuar je disk checkup tu pastu dia restart balik
damnnnnnn.... ape hal lak la notebook nih
last2 bile kuar je skrin biru tu aku try tekan button f1
pastu leh masuk windows. tapi bile aku tak tekan button f1 tu
sampai kesudah tak masuk windows. kalau aku tunggu sampai tahun depan kot
ape hal ek? aku try google tapi tak jumpe la. ke aku yang tak nampak
bengang tul aku. tetiba je cam ni.
sesape tau tak nape? helppp meeeeee

bile aku dah menggelabah tak leh masuk windows aku tanye kakak kerani tu ade cd kosong ke tak
aku nak burn document n sume picture. especially picture time bertunang
tapi... malangnye tade lak.
balik keje aku trus pecut gi tesco klang. sebab kat area aku ni cam tade lak kedai komputer
time aku nak cepat la jpj wat road block.
aku tension tul la. diorang hari2 wat road block. tak tau nak ape
yang wat aku tambahhhhhh bengang, sebab pegawai tu tahan aku
hah??? apehal lak nih? aku tak wat salah ape pun. time nak cepat macam2 hal lak
dialog aku dgn encik jpj itu

"nape ye?"
"cik, bagi lesen memandu"
"jap ye..."
"uihhhh... banyak lesen"
"hah? nah..."
pastu dia gi belakang, depan
"kenape ni?"
"tade ape cik. saje check"
"nape saya lak kene tahan. saya tak wat salah pun"
"tade cik, saya pilih sape2 je"
"pulak.. nape ye hari2 ade road block. jalan jem la. tak suka tul"
"cik, ini arahan pihak atasan. saya pun tak suke berdiri cam ni. penat. cik nak pegi mane ni?"
"nak gi tesco. saya nak cepat ni"
"balik keje ke?"
"ye... ade pape lagi?"
"tade"

bengang tul. kete aku dah la suci muci. tade modified pape pun. makeup pun tade
kalau ye pun nak ngorat, sila pilih waktu dan hari lain. (aku tau aku perasan) time aku nak cepat la nak tahan2 aku bagai. kang aku mengamuk kang... dah la tengah serabut.

korangggg... kalau korang tau nape dengan notebook aku ni. tolong bagitau ye. fening dah pale makcik.
23 orang sedang bergumbira







Tuesday, July 14, 2009

Fasilitator Schoolnet sekalian....


"cik, saya nak tanye pasal kontrak saya."
"awak ilp mane?"
"saya kat sek keb dot dot dot"
"bukan... training kat mane?"
"kat dot dot dot"
"jap ye"

"hello."
"cik, saya nak tanye pasal kontrak saya"
"kenapa?"
"saya tukar sekolah dari sekolah tut ke sekolah tut"
"hahahahah.... weh nana, aku laaaa ni. ***"
"bla bla bla"

dari ape yang kawan aku cakap gaji kite semua InsyaAllah masuk pertengahan bulan 8 kalau tak banyak masalah.
sebabnye banyak benda diorang kene buat.
kita sama-sama doa gaji masuk awal.
kalau tak aku kene makan megi la jawabnye.
nak bayar duit kereta lagi, bil telefon, bil broadband, cc...
kita sama-sama doa gaji masuk awal ye!
16 orang sedang bergumbira







Monday, July 13, 2009

saya mahu...


nak naikkan berat badan
nak naikkan berat badan
nak naikkan berat badan
nak naikkan berat badan
nak naikkan berat badan
nak naikkan berat badan
nak naikkan berat badan
nak naikkan berat badan

sila sebut 44 kali. cik nana dapat naikkan berat badan.
nanti jadi kenyataan
sila doakan aku dapat naikkan berat badan ye
letih dah makan nih. ;)

PS I LOVE U- manusia ni tak pernah puas
15 orang sedang bergumbira







Thursday, July 9, 2009

He will never be forgotten


~HIS MUSIC WILL LIVE FOREVER~

________§§§$$§§$§§_
_________$$$$$§§§$$§§$§_
_______($$$$$$$§§§$$§§$§§_(§§)_
_______($$$$$$$$$$$$§§$$__$§§$)~
________(§§§$$$$§$$$$§§$$§§$§§$§§~
_R______((_($$§§$§§$§§§§§§§§§$$§§$
________))_(§$$$$$$§§$$§§$§§$§§§§§~
_I_______((_)_((§$$§$$§§$$§§$§§$§§§§((....
___________))_)_§$$))_$$$§§§$$§§$§§$§§§§§
_P_________(__(_))_§$§§§§§$$§§$$§§$§§$§§§
_______________(__$_$$§§§§§§$$§§$$§§$§§$§§
_______________)_$_$§$§§§§§§$§§$$§§$§§§§__§
__________________)$__§§§§§§$§$$_§$$§§___§$§
_________________)§___$§§§§§$§§$_§$$___§§$§§§§
_M_______________)$§__$§$§§§$$$§§§_$__$§§$§§$§§§
_________________§§§§_§$$$$$§§§§§§§$§§_§$$§$$§§$§
_I________________(§___§§§§§§§§§§$§§$$§§_§§$_§§§§§§
__________________(§__$$§§$§§§§§§§§$$§§$§_$§§§§§§§
_C_________________(§_$$§§$§§§§§§§§$$§§_§§$§§§§§§
___________________(§__$$§§§§$§§§§§§$_§§$§§$§§§§
_H_________________(§__$$§§§§$§§§§§__$§§$§§$§§
____________________§__$$_§§§§§§$§§$$§§$§§§§
_A__________________§$§§§_§§§§§$§§$$§§$§§§§
____________________§$§§$$::::§§$$$§§$$§§$_§
_E_______________§§§§:::§$§§$$§__§§$§§$§_§§§
________________$$$$:::§§§§$$$§___§$§§$§§§§§
_L__________$$$§§:::§$§$$$$§§$$__$§§$§§§§§§§
___________$$$§:::§§$§$$$$$§§$$§§$§§$§_§§§§
_________$$$§:::§$$$$$$§§$§§§§§§§$$§__$§§$
_______$$$§::::$$$$$$§§$§§§§§§§$$§§$___§§$
_____$$$§::::$$$$FL$§§§§§§§$$§§$§_______§§
___$$$§::::§$$$$§§§§$$$$§§§§
_$$§::::§§$$§§$§§§§§§§$§§
$§§§$§§§§§$$§§$§§§§§
§§§§§§§$$§§$$§§§§
_§§§§§§§§$§§_§§$
_§§§§§§§§§$§§$_§$§
__§§§§$§§§$§$§§$_§$
___§§§§$§§§$§$§§$_§$
_____$§§§§§§§§§§§$§§$§
______§§§$§§§§§§$§§$§_$§
_______$§§§§§§§$$§$$§§_§§
________§§§§$$§§$$§§$$§§_§
_________§$§$$$§§§§§§$$§§$§§
__________$$$$§§$_§§$§§$§§§§§§$
___________§$§§$§§_§§§§§§§§§$$§§$§§
____________§$§§$§§_§§§§§§§§_$$§§$§
_____________§$§§$§§_$§§§§§__§§$$§
_________________§$$§§$______§§§§§
_________________§§§$§___§§
12 orang sedang bergumbira







Tuesday, July 7, 2009

fasilitator schoolnet


itu jawatan aku. keje baru aku. ok la, aku update 1st day aku kat sek keb sungai b****n. terpaksa dirahsiakan. sebab nanti ade orang nak anta lawyer kat ofis baru aku. huh! setelah 5 hari aku bertraining dan bersuka ria last week, aku pun bertugas di sekolah sebagai fasilitator schoolnet. aku rasa kebanyakan fasi schoolnet ni tak berapa jelas dengan jobscope masing2. tapi kami sume cuba yang terbaik untuk mengICT kan skolah. InsyaAllah. kitorang sedaya upaya tuk membimbing guru dan murid skolah untuk menggunakan IT dalam pengajaran & pembelajaran.

hari pertama, aku sampai skolah pukul 7.50 pagi. time tu student tgh perhimpunan. aku sangat terperanjat dengan bilangan student yang ade. sangattttt sedikit. dan sume guru kat situ pun terperanjat tengok aku sebab diorang tak tau langsung yang aku akan bertugas di situ. lepas je student nyanyi lagu skolah, negaraku je sorang cikgu tegur aku. aku explain kat dia aku sape n dia panggil guru besar. pastu aku pun jumpe guru besar.

lepas perhimpunan, guru besar panggil aku. dia baca surat tawaran aku n dia kata dia memang tak tau langsung yang aku akan bertugas kat skolah tu. aku cakap memang kebanyakan skolah tak tau yang ade fasi schoolnet akan datang. tapi tak pe la. lepas aku terangkan serba sedikit jobscope aku, dia bagi aku meja. baik cikgu besar aku. walaupun tak sedia pape, dia pastikan aku selesa. aku letak sume barang aku pastu aku terus tanye mane komputer tuk skolah. dia kata ade 2 buah komputer je yang boleh guna. yang lain sume dah rosak n dah terlalu lama. windows 95 okeh! lama gileeeee... aku dah pening. kalau ade banyak komputer, aku nak buat 1 kelas untuk student. tapi bile dengar ade 2 je boleh guna, aku agak frust.

lepas dah bincang2 dengan guru besar, aku trus gi tengok komputer2 yang leh guna. letak kat dalam pusat sumber. n pusat sumber ni agak kecik. ye la, student pun dalam 160 orang je. macam mane la aku nak ajar komputer kat student2 ni? adehhhhh.... mula la aku menanya kawan2 lain ape diorang buat. sebab otak memang dah blur tak tau nak buat ape.

bile aku tengok anak2 orang asli ni, aku rasa bersyukur sangat dengan kehidupan yang aku ada. walaupun aku tak dilahirkan dalam keluarga berada tapi aku jauh lebih beruntung dari diorang. murid2 skolah aku ni sume dapat bantuan dari kerajaan. diorang tak bayar pape pun. dari uniform skolah, makan, yuran sume kerajaan bantu. tapi untuk skolah rendah sahaja. bile skolah menengah, tade lagi bantuan. dats y ramai yang tak sambung blaja. sebab tak de duit. kesian kan? ade gak student yang jauhhhh sangat rumah diorang. bayangkan, dari ape yang diorang cakap dengan aku. diorang bangun seawal 5 pagi. gi skolah pukul 6 sebab bas amik pukul 6 n rumah diorang sangat jauh dari skolah. kesian kan? n diorang terpaksa menunggu skolah menengah habis skolah baru la bas amik diorang. dats y cikgu2 buat kelas tambahan waktu petang. diorang ni gak ade masalah komunikasi. bile kita bercakap laju, diorang tak faham. kita kene cakap sebutir2. n kebanyakan diorang masih tak pandai membaca. kesian sangat. cikgu2 skolah aku cuba sedaya upaya tuk membantu diorang. tapi... takde sape nak ajar diorang bile kat umah. oh yea, skolah aku jugak ade buat kelas tuk orang dewasa. start kul 2 sampai kul 4.30 petang. harap2 dapat la membantu diorang.

aku tengah berfikir ape yang boleh aku buat untuk membantu anak2 orang asli nih. aku mungkin akan berbincang dengan guru besar tuk mintak sumbangan komputer. dapat 3 buah pun cukup la. nak ganti yang lama tu. sebab kalau banyak2 pun tak tau nak letak mana pulak kan. aku memang nak buat kelas komputer tuk anak2 orang asli. cuma tak cukup komputer. so, korang rasa kan dengan sape aku leh dapatkan bantuan? sape ada cadangan aku amat hargai.

ni jalan nak ke sekolah aku

aku tak tau mane rumah diorang. masa ni dah pukul 7.50 pagi

ni la makmal komputer merangkap pusat sumber. 2 buah komputer je leh guna

skolah aku guna vsat. skolah korang?

nak balik dah. babai cikgu nana. sume panggil aku cikgu. hehehe

PS I LOVE U- amik... panjang gile update aku. hehehehe
29 orang sedang bergumbira







Monday, July 6, 2009

sekarang....


aku berada di tempat keje baru.
akan diupdate selepas ini.....
blogger-emoticon.blogspot.com
16 orang sedang bergumbira







Thursday, July 2, 2009

update-update


hi korang... ni berblogging dari tempat training. malam ni tido sini. untuk pengetahuan semua, aku dah berhenti keje. n dapat keje lain. minggu ni aku training. 5 hari. dekat je dengan umah aku. hari2 aku ulang alik. tapi hari ni aku saje tido hostel. sebab kawan2 kat tempat training ni best. sume otak gile2. pas training ni aku mungkin ditempatkan kat tempat yang mungkin susah untuk aku berblog. aku akan rindu blog aku, n korang sume. walaupun aku jarang update nanti, sudi2 la jenguk blog aku ni.

seronok tul training nih. dah la makan sehari 4 kali. lauk memanjang ayam jeee. padahal aku baru je berniat tak nak makan ayam banyak2. tapi bile nampak ayam, tak leh katakan tidak. pastu instructor pun best. kawan2 lagi la best! aku harap tempat keje aku nanti tu pun best. walaupun sangat jauh dari umah aku. aku sebenarnye susah ati sangat nak keje jauh2 ni. aku kalau bole nak keje dekat dengan umah. mesti korang ingat aku ni anak manja kan? bukan... aku semenjak form 1 dok hostel. sampai la umur aku 26 tahun jarang melekat kat umah. so, bile keje ni aku nak la dok umah. b4 aku kawin... heheheh... hopefully aku dapat la tukar tempat. korang sume doakan aku ye dapat tukar tempat dekat dengan umah aku. aku harap sumenye ok! aku selalu ade masalah nak tutup cerita. korang tengok je la gambar2 aku nih. sekian, terima kasih!

kumpulan nasyid al-wahidah

mengontrol ayu je masing2

P.S I LOVE U- mai, i rindu kat u! so sori tak dapat jumpe u b4 i balik hari tu
12 orang sedang bergumbira







Friday, June 26, 2009

untuk semua


korang, blog ini akan bersawang untuk jangka masa yang lama.
mintak maaf la ye kalau aku tak jengah ke blog korang.
so, take care semua.
n pesanan penaja, sila jaga tingkah laku bile ke blog ini ye.
17 orang sedang bergumbira







Thursday, June 25, 2009

;(


aku buntu.
bantulah hamba Ya Allah...
11 orang sedang bergumbira







Monday, June 22, 2009

sesi bersama?


cik hel! oh, n kawan cik hel bernama ain. kitorang jumpe kat sunway pyramid. tapi cik nana sangat jahat kerana datang lewat 1 jam setengah. maap ye cik hel. sudah ku terangkan mengapa. memang tak dapat dielakkan. bukan salah diriku ini.

dah la bile sampai pyramid, parking full. pastu selama ni dah habis tawaf pyramid tu, leh terlupe lak kat mane studio r. zaman2 study dulu, punye la rajin gi studio r pyramid. memang sengal sebab kelam kabut. dari jauh cik hel dah senyum. nasib baik cik hel n cik nana leh cam walaupun tak penah berjumpe. bile dah jumpe cik hel, leh la pulak tak tau mane subway tuh. oh yea, cik hel belanje aku subway. dah la belanje makan, dapat hadiah lak. tengkiuuuuuu cik hel. i lap u so much! malu je tak bagi cik hel pape.

masa mule2 tu, cik hel diam je. aku yang banyak cakap. hahahaha... nervous tuh. bile nervous, aku jadi banyak cakap. sampai tak tau ape sebenarnye motif aku cite pasal benda tu. bile pikir2 balik, eh... nape aku cite pasal ni kat cik hel. paham ke cik hel nih? hahahaha... memang sengal. dah la borak cam tak ingat dunia. oh, cik hel ngata aku jalan cepat ye. hahaha... lain kali pakai kasut flat ye bile berjumpe cik nana. kekekekke....

tapi jumpe kejap je. kul 7.15 dah balik. rasa tak puas la... lain kali kalau kita jumpe lagi cik hel nak ajak main ice skating pulak. ishhhh... ngeri. kalau nak main ajak ain tau. nanti ade geng tak pandai main. tengkiu cik hel sebab sudi jumpe cik nana. sori sangat sebab lambat. memang best jumpe u. jangan serik ye. heheheh...



cantik kan??? sangat comel tau. thanks ye cik hel!

P.S I LOVE U- teringat zaman study dulu. :(
25 orang sedang bergumbira







Wednesday, June 17, 2009

aku stress... stress ke aku?


bersiaran dari umah abg aku. malam ni tido umah abg aku coz esok nak gi interview. kalau gerak dari umah abg aku tade la jauh sangat.

pas makan tadi ingat nak study ape yang patut. mule2 ngadap notebook ni cari info tuk study skit2. tapi..... tarikan blog nih lagi kuat lak. sempat lak kan mengupdate blog nih. gigih tul. cube suruh study, sure mengantuk.

blogger-emoticon.blogspot.com
poyo je. study la sangat kan...

blogger-emoticon.blogspot.com
stress tul la tak tau nak study ape. benda2 yang blaja dulu banyak dah lupe.

tak pe la korang, aku nak sambung study. doakan aku leh jawab dengan betulnye. doakan supaya penemuduga aku esok lembut ati n kesian nengok aku. trus dia nak kasi aku keje nih. doakan aku dapat keje ni gak ye. tata titi tutu... adios!
30 orang sedang bergumbira







Tuesday, June 16, 2009

kaunter pertanyaan


korang, sape tau bank mane yang senang nak luluskan personal loan. aku nak wat personal loan. hah? untuk kawen? bukan aaaa korang... ade la benda nak wat dengan duit tu.

yang aku tengok kebanyakan bank bagi pinjam tuk gov servant. tak pun basic gaji terlalu tinggi. kalau korang tau bank mane yang senang nak bagi pinjaman tolong bagitau aku ye. tak pun sape2 yang keje bank tengah baca blog aku nih, bagitau la aku. mintak tolong sangat kat korang. tengkiu!
14 orang sedang bergumbira







cik nana kene durian runtuh!


1.Copy Award di atas untuk di letak di blog anda.

udah di kopi neng. tapi gambar bersama si pemberi award ni tiada

2.Nyatakan 5 Fakta Menarik Tentang Si Pemberi Award ini..

~ dia suka durian kot. sebab nama blog dia miss durian runtuh. okeh, mungkin tiada kene mengena. nanti aku cekidaut
~ dia orang perak. mungkin ipoh. tak penah tanye lak. tapi ade entry dia gi ipoh parade ke green town mall. so, aku agak dia orang ipoh
~ dia baru beli baju kotak2 yang dia nak
~ dia masih blaja.
~ ape lagi ek??? tak tau laaaa.. tak bape kenal. tapi dia baik la!

3.Setiap Blogger Mestilah Menyatakan 10 Fakta atau Hobi Tentang Diri Sendiri Sebelum Memilih..

~ pertama: aku cute. ini fakta. sila muntah ye kawan2. sape lagi nak puji aku kalau bukan diriku sendiri
~ kedua: hobi aku window shopping. sebab aku bukanlah orang kaya
~ ketiga: aku mudah simpati kat orang.
~ keempat: aku sangat suke kucing. pernah terfikir nak bukak pet shop.
~ kelima: aku boleh mengadap pc tanpa makan dan minum. terer tak?? :P
~ keenam: aku tak reti pakai high heels. say no to high heels!
~ ketujuh: aku tak reti menambah warna dimuka aku. makeup la tu
~ kelapan: aku seorang yang garang. tak caya tanye anak buah-buahan aku
~ kesembilan: aku tak reti nak layan baby or budak2
~ kesepuluh: yang ni memang betul. aku sangat kurus. underweight weh.

4. Anda Perlu Memilih 10 Orang Penerime Award Seterusnya & Describe Tentang Mereka..

10? uishhhh... banyak tul. tak yah laaaa... aku tag sume orang! hahahahah... lagi banyak kan??
4 orang sedang bergumbira







Friday, June 12, 2009

panas sehingga ke petang


tempat korang berjerebu tak? tempat aku jerebu. sampai mata pun dah naik pedih. kat kawasan umah aku memang berjerebu sebab tuan punye kebun pakat2 bakar kebun diorang. nak bagi tanah subur. time ni la diorang nak amik kesempatan, sebab musim panas. hujan tak turun, so tade la time diorang bakar api padam.

tapi leceh la. nak gi keje pagi2 tak nampak jalan. kene pasang lampu. kalau tak sure kete lain tak nampak kete aku. bile la nak hujan ye? kurang la jerebu nih. semalam aku dengar hotfm, kiran n AG cakap paras air kat empangan dah semakin kurang. bole tahan dalam 160 hari je. ishhhh... semoga hujan turun. panas sangat laaaa...

P.S I LOVE U- kene jimat2 air la ye. mandi sehari sekali mungkin? oh noooooooo
11 orang sedang bergumbira







Thursday, June 11, 2009

di mana?


di mana nilai kemanusian? sudah hilang ke dari diri kita? aku sangat terkejut bile baca harian metro. berita ni berita hari selasa lepas. aku rasa korang sume dah baca kan? sape2 yang belum baca, sila baca di bawah ni....

3 tahun dalam neraka

sebab tengok gambar ni la aku makin marah meluap2

KUALA LUMPUR: Amah wanita itu diperlakukan bagai hamba abdi sejak hampir tiga tahun apabila didera hampir setiap hari, sebelum dia nekad melarikan diri dari rumah majikannya di sebuah kondominium di Mount Kiara di sini, awal pagi semalam.

Malah, majikan terbabit didakwa tidak pernah membayar gaji walau satu sen pun sejak wanita warga Indonesia itu diambil bekerja di rumahnya, selain hanya diberikan nasi kosong tanpa lauk sebagai makanan harian.

Lebih memualkan, jika mangsa teringin sangat menjamah lauk, dia hanya dibenarkan mengambil daging babi oleh majikan tidak berhati perut itu, walaupun mengetahui pembantu rumah berkenaan beragama Islam.

Itulah antara penderitaan terpaksa ditanggung Siti Hajar, 33, yang cedera teruk hampir di seluruh anggota badan akibat disimbah air panas sebelum wanita berkenaan meloloskan diri.

Difahamkan, wanita malang terbabit yang tidak dapat menanggung azab melarikan diri dari rumah majikannya kira-kira jam 1 pagi dan bersembunyi di tepi jalan sebelum menahan sebuah teksi untuk ke Kedutaan Indonesia, di sini.

Wanita malang itu yang langsung tidak mempunyai wang bagaimanapun mendapat simpati pemandu teksi yang tidak sampai hati melihat keadaan mangsa lalu menghantarnya ke kedutaan tanpa mengenakan tambang.

Malah, mangsa turut diberikan wang saku RM10 oleh pemandu teksi terbabit yang bersimpati selepas melihat keadaannya yang sangat lemah ketika itu.

Mengulas mengenai kejadian itu, Duta Besar Indonesia di Malaysia, Tan Sri Da’i Bachtiar, berkata wanita malang terbabit tiba di perkarangan Kedutaan Indonesia kira-kira jam 8.30 pagi dan menceritakan segala penderitaan yang ditanggungnya selama ini.

“Sejurus melihat keadaan mangsa yang cedera teruk itu, pihak kedutaan kemudian membawanya ke hospital sebelum membuat laporan polis,” katanya pada sidang media di pejabatnya, petang semalam.

Menurutnya, pembantu rumah berkenaan yang berasal daripada Jawa Barat, tiba di negara ini pada 2006 dan dihantar bekerja di rumah dua majikan berlainan.

“Wanita terbabit bekerja dengan majikannya yang pertama pada 2 Julai 2006 selama empat hari dan kemudian diambil bekerja sebagai pembantu di rumah majikannya sekarang,” katanya.

Menurutnya, sejak hari itu bermulalah penderitaan yang terpaksa ditanggung wanita malang terbabit apabila dia kerap dimarahi dan dipukul hanya kerana melakukan kesalahan kecil.

“Mangsa langsung tidak dibayar gaji sejak 34 bulan lalu dan dia turut dipukul dengan objek keras jika membuat kesalahan.

“Dia yang tidak tahan lagi menanggung penderitaan akibat didera hampir setiap hari itu nekad melarikan diri semalam (kelmarin) selepas disimbah air panas oleh majikannya,” katanya.

Da’i berkata, pihak kedutaan memanggil wanita yang menjadi majikan itu untuk mengadakan perbincangan bagi menuntut tunggakan gaji pembantu rumah berkenaan yang dianggarkan bernilai RM17,000.

“Majikan itu datang ke kedutaan kira-kira jam 11 pagi tadi (semalam) dan hasil perbincangan dia mengakui mendera mangsa dan meminta maaf.

“Hampir lapan jam perbincangan dilakukan dan wanita itu kemudian ditahan polis sejurus dia keluar dari pejabat kedutaan,” katanya.

credit: harian metro
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

kenapa la ade manusia yang berperangai binatang. kejam sangat2 bagi aku. pendapat aku, walaupun dia cuma lah pembantu rumah, dia tak sepatutnye di layan macam ni. mane peginye la akal fikiran orang2 ni. suka ati nak melepaskan kemarahan pada orang lain. bagi aku la, hukuman untuk orang macam ni, kita seksa je dia balik. buat macam dia dah buat kat pembantu rumah dia nih. bodoh! geram lak aku dengan orang cam ni. dah la tak bayar gaji, seksa lak tu. dera mental pun dah sakit ok. ni kan pulak fizikal. simbah air panas lak tu. bodohnyeeeee la. pastu bagi makan babi lak. ishhhh... memang kurang ajar! pastu senang2 je nak mintak maaf???

bagi aku, agensi pembantu rumah ni kene lebih bertanggung jawab. mane2 orang islam, tak sepatutnye dihantar ke majikan non-muslim. aku tak kata semua non-muslim tak sensitif pasal bab halal haram ni. tapi ade gak yang tak faham n buat2 tak faham. seelok2nye mane2 orang islam jangan di hantar pada majikan non-muslim nih. nanti jadi lah isu kene makan benda haram, kene pegang benda haram. nak solat tak boleh. ini cuma pandangan aku la. aku harap manusia ni lebih berperikemanusiaan. n manusia2 yang tak berperikemanusiaan ni dapat balasan setimpalnye.

P.S I LOVE U- sedih sangat!

12 orang sedang bergumbira







Wednesday, June 10, 2009

rock kapak!


aku nak ucapkan terima kasih kat sume yang bagi cadangan hadiah birthday encik tunang.

hari sabtu lepas adalah hari berdating aku n encik tunang. kitorang menghabiskan masa n duit kat pavillion. punye la penat berjalan sehari suntuk sampai rasa cam nak tercabut kaki. pastu ingatkan kitorang nak gerak gi tempat lain. tetiba lak encik tunang nampak speedy. dia ajak aku masuk. dia nak beli cd. ni la hasilnye...

ni bukan aku punye. encik tunang yang punye

ni aku punye. thank to encik tunang sebab belanje

aku beli cd ni sebab lagu masih aku terasa-gersang. berhantu ooo lagu nih!
kat sini tulis lagu rock 90an tapi aku rasa kebanyakannye kumpulan rock 80 an.

mule2 aku kenal encik tunang, dia tak dengar lagu2 cam nih. kenal dia aku tau la kumpulan rancid la, rage against the machine la n ntah pape lagi. pastu aku ngajar dia dengar lagu tangkap leleh cam backstreet boys. hehehe... padan muke

aku ni tade la minat muzik sangat. kalau ade lagu yang best aku dengar. tapi aku suke sangat lagu rock 80's. aku paling ingat lagu masih aku terasa by gersang. pastu kumpulan rock yang aku ingat kumpulan blackrose, kumpulan graviti yang nyanyi suke pusing2 mikrofon, kumpulan masa, kris, bumiputera rockers, search (ni mestilah). lagu rock zaman sekarang aku tak boleh blah sangat la.

aku ade ajak tunang aku tengok konsert search, tapi malangnye... dia kata baik tengok MU. alaa... dah sah2 la msia akan kalah dengan MU. nak wat pe tengok kan? 1st konsert aku tengok ialah konsert KRU kat fun fair. time tu aku minat gile kat yusry. nampak je yusry kat atas pentas aku terlompat2 cam monyet n terjerit2 cam orang kene histeria. "yusryyyyyy... i love u!" pastu abang aku sound. "ek eleh... yusry yang suara sengau ni nana suke. dah la lembik"
"biar lah...dengki!" aku menjawab! hari tu aku jumpe yusry, i dah tak love u dia lagi. heheheh...
sori ye yusry!

P.S I LOVE U- korang punye fav. lagu rock kapak ape ek?
9 orang sedang bergumbira







Tuesday, June 9, 2009

tolong aku lagi


aku tengah pening nih. sape leh tolong aku?
aku tak tau la nak kasi hadiah ape kat encik tunang aku. sengal kan aku nih?
birthday dia ahad nih. nak kasi ape ye????
memang buntu gile nak cari hadiah tuk dia
i would appreciate a lot if you guys can give me some suggestion
if you guys have amazing suggestion, please feel free to leave a comment ya!
thanks a lot yeeeee

P.S I LOVE U- gadget ape yang best ek?
18 orang sedang bergumbira







tolong!!!


cane ek nak letak # orang sedang berdating / comment nih kat bawah entry
aku tak nak benda ni kat atas entry
aku dah ubah kat page element
tapi tak de pape perubahan pun
benda ni degil, still dok kat atas entry tu hah
sape2 tau tolong bagitau aku ye
terima kasih!
6 orang sedang bergumbira







Monday, June 8, 2009

dari jauh ku pohonkan ampun maaf


maaf ita.... maaf sangat.
aku ni dah makin tua kot
aku bole terlupe yang kenduri kawan aku nih hari sabtu 6hb june
bukan hari ahad 7hb june
aku lak lately ni sibuk gak
aku memang confident gile kenduri kawan aku nih hari ahad

hari sabtu kul 1 tu aku dapat sms dari kawan aku, Along
dia tanye "pegi tak weeding ita?"
aku tanye dia sape, coz no tade dalam fon aku
pas dia bagitau dia sape aku dengan confidentnye sms dia
"Oo.. sori. Pegi. Along sampai sane kul bape esok?"
tetiba tak lama pas tu Along call aku
"ni h***ana kan??"
"ye la... nape long?"
"kenduri ita hari nih laaaa"
"hah? bukan esok ke????"
"hari ni... kat tangan along ni ade kad dia"
"hah??? bukan ahad ke??? alaaa... cane nih????"
"along pun baru otw dari kuala selangor"
"alaaaa... tak leh gi la hari nih"

hmmmm.... sengalnye la aku nih. nape ntah
dah tua agaknye.
terus aku call ita, aku mintak maaf
dia time tu nak sanding dah
pastu aku sms dia mintak maaf

ita, aku janji aku pegi belah laki ek
sori sangat2.... ampunkan la kawan mu ini yang dah hilang ingatan nih
im soriiiiiiiiiiiii.....
2 orang sedang bergumbira







Friday, June 5, 2009

geram gile!!!!


pagi tadi aku kene himpit dengan lori lagi sekali
aku tak paham betul aaa dengan orang bawak kenderaan yang besar2 nih
tak kisah la bas or lori
perangai masing2 cam %$%^&&*$@ je
hari tu aku kene himpit kat nkve
kat flyover area nak shah alam
bawah tu dah aaa sungai
kalau tak sempat la aku break
aku langgar penghadang tu terus masuk sungai laaa jawapannye
so berkawan laaa aku dengan buaya kat sungai tu (ade ke buaya?)
nasib aku baik time kene himpit tu tade kenderaan kat blakang aku
so aku sempat laaa aku break emergency
aku terfikir laaaa
dibuatnye ade kete kat blakang n aku break diorang tak sempat break
langgar kete aku, memang la sia2 jeeee kan

n hari ni lagi skali aku kene himpit
kali ni kat kesas highway nak masuk ke nkve
kali ni aku berhenti tengah2 jalan
sesedap rasa dia himpit aku sampai aku kene break emergency n stop kat tengah jalan
aku tak tau la cane nak cite
tapi memang kurang ajar laaaa gi himpit aku time nak masuk simpang tu
nak masuk simpang ke nkve tu ade 2 lane
aku kat lane kanan
si mangkuk ayun ni dari tengah2 lane tetiba jeeee dia gi himpit aku
terus aku terkeluar dari lane aku
n aku nyaris2 langgar divider yang kat tengah
yang nak pisahkan jalan ke nkve n jalan ke subang
memang macam "kakalic"
kalau la aku tak sempat elak n break
sure aku dah langgar divider tuh
n nasib baik laaaa kete blakang aku jauh
sebab kelam kabut aku lupe mana nak tekan button hazard light

aku tau la kete aku kecik jeeee
n ko tu besar sangat!
tapi jangan la nak bahayakan orang lain
kurang ajar la kan
ko boleh dok kat tengah2 lane
tetiba ko dah tak leh nak menyelit lagi
ko gi himpit aku kan
memang ko ni tak skolah!

korang2 kalau bawak kete ke moto ke lori ke bas ke
tolong la bawak kenderaan korang dengan berhati2
jangan la bahayakan orang lain
chow.....

P.S I LOVE U- ayat adalah tunggang langgang. disebabkan kemarahan meluap2
20 orang sedang bergumbira







award dari uncle


award ni dari pakcik dot
tengkiuuuuu pakcikkkkkkkk dot!

P.S I LOVE U- tengok kawan2... saya tak tersalah amik award. muahahha
6 orang sedang bergumbira







Thursday, June 4, 2009

selamat menjadi tua


amboi... amboi... amboi....
kemain lagi korang ye gelakkan cik nana
takpeeeee.... hehehehe
tu laaaaa... kalut sangat
sampai soalan tag pun salah
hahahahah

sabtu lepas aku n family wat bbq kat bagan lalang
makanan adalah super duper banyak gileeee
kitorang gerak lepas zohor.
dalam kul 2 cam tu, sampai sana kul 3 lebih
aku tak penah gi bagan lalang nih
selalu dengar cite orang cakap bagan lalang sekarang dah cantik
bile gi sana aku pun tak pasti ape yang cantiknyeee
gambar pantai bagan lalang tade
yang ade gambar aku yang cantik ni jeeee
sila abaikan muke aku yang cam bibik2 nih ye
kata berbbq kan... takkan la nak pakai makeup lak
lagipun encik tunang tiada, so malas nak cun2

saya bersama makcik saya yang sangat cantekkkkk ;p

ini adalah kambing n ayam bakar, sos cili, n buah mangga

ni ikan bakar ye kawan2

aku dah makan kek b4 aku sambut birthday aku
sebelum kitorang kemas2 nak balik tetiba kakak ipar aku muncul bersama2 kek
nasib baik kek tak cair dalam kete tu
kalau cair, aku paksa gak orang makan
anak2 buah aku menyanyi lagu birthday tuk aku adalah sangat kuat
orang keliling pandang2
aku pedulik ape kan.... yang penting aku tiup lilin n potong kek
muahahhahahhaha
sambutan diadakan awal kerana 3 jun tu hari rabu
tade keje la abang aku nak sambut hari rabu lepas kan
aku sangat hepi.....


nasib baik kek ni tak cair

kek bersama lilin yang menyala (ape laaa ayat aku nih)


nampak tak aku cuba potong kek tanpa tiup lilin
serius aku lupe nak tiup lilin tu dulu

baru laaaaaa teringat nak tiup

peaceeeee... saya masih berumur 26 tahun

dear alang
happy birthday in advance

semalam lagi super duper hepi tau
encik tunang balik keje gi jumpe aku
kesian dia. dah la penat pindah umah semua
pastu nak melayan tunang dia celebrate birthday
aku sayang diaaaaaaaaaaaa (sila muntah la korang)
kitorang makan kat kenny rogers kat jusco bukit tinggi
tak sempat nak gi jauh2
dia sampai pun dah kul 9
dah makan2 tu kitorang lepak luar

ini adalah gambar disaat melepak di luar jusco
kitorang tengah bincang sesuatu yang agak serius
sila abaikan muke aku yang cam tak siap tu
wah.... encik tunang semakin debab yeeee

pastu bile masuk kete encik tunang amik sesuatu dari seat blakang
jeng jeng jeng...... cuba teka ape dia????
betul.......... mesti lah hadiah kan
tapi ape dia???

ape dia???
ape dia???

ape dia???
ape dia???

teka laaaaa
teka lagi
dan lagi
dan lagi
kasi korang muntah nak teka
jeng... jeng.... jeng...


dapat encik samsung yang slim

saat aku dapat benda ni aku menangis
sebab benda ni laaaa yang aku nak sangat
tak payah la cik nana nak mengumpul duit beli camera lagi
wehuuuuuuuuuuuuuu.... time kasih encik tunang
Alhamdulillah, aku dapat ape yang aku nak

n hari ini aku dapat ini pulak
dari officemate aku
tengkiuuuuu puan mai


sebab sedap sangat, dah makan baru ingat nak snap

sekian sahaja cerita buat kali ini. kita bersambung di lain hari

P.S I LOVE U- muntah la korang baca entry aku cite pasal birthday aku
9 orang sedang bergumbira







saya adalah....


bengong! hahahahah...
tag di bawah bukan dari nun
aku pun tak pasti dari siapa
aku adalah sangat bengong + sengal

nun, nanti saya buat ye tag nun tu...
ke kira dah settle nih???
3 orang sedang bergumbira







sape suruh????


telah di tag oleh cik nunaini.... huhuhuhu

1.Apakah hubungan awk dengan die?

kawan blogger yang baru dikenali

2.5 impression terhadap die?
5 ek???
* suke kucing
* terer amik gambar
* rasanye dia nih creative
* blog dia sangat cumilllll
* tak tau lagiiiiiiiiiiiiiiii

3.Perkara paling memorable die lakukan pada awk?
tade kot. jumpe pun tak penah

4.Kalo die kekasih awk,awk akan?
suruh dia amik gambar aku banyak2... i likeeeeeeeeeeeeee

5.Kalo die jadi musuh awk,awk akan?
curik kucing2 dia. muahahahahhahaha

6.Kalo die kekasih awk,die perlu improve dalam?
tunggu la dia jadi kekasih gelap ku. baru aku tau ape benda dia kene improve

7.Kalo die jadi musuh awk,maybe kerana?
tak tau laaaaaa... tak kot. tak baik musuh2 nih

8.Overall impression tentang die?
creative

9.The most desirable thing to do to his/her?
ape ye??? tak tau laaaa... kitorang baru kenal

10.Apakah awk rase tentang pandangan orang terhadap awk?
ermmmm... tak tau. tak kisah la ape pun pandangan orang pun terhadap aku. yang penting aku hepi!!!!

11.The character of you for yourself?
aku seperti kucing. manja, tapi garang. hahahahahahh

12.On contrary,the character you hate about you?
aku kuat majuk, suke marah2

13.The most ideal person you want to be with?
yang caring, sayang aku seadanya, pandai pujuk aku

14.For people who like you,tell something about them..
ngeh ngeh ngeh.... ade ke??? hmmmmm... cume nak ucap terima kasih!!!!

15.5 people you tag..
5????? alamak..... sesape yang baca kene wat tag nih! yang dah buat dikecualikan.
padan muke korang!
6 orang sedang bergumbira







Wednesday, June 3, 2009

Allah selamatkan kamuuuuuuuuu


it's my birthday today. I’m giving myself this birthday cake virtually. heheheh...
im 17 today. ngeh ngeh ngeh...
tetiba je no dua kat keyboard ni rosak
aku nak ucapkan terima kasih pada sume yang sms wish birthday aku
pada encik tunang tersayang, adik tersayang, kawan2 tersayang iaitu hajar darling, ordique kodiq n cik cikiboom yang sms kul 3.50 am (apesal ko tak tido lagi?) , cik kurnia insurans, encik doctor gigi Tiew
abang aku tersayang yang pagi2 dah kol tanye "birthday girl dah bgn ke blm?"
"tengah gosok baju la bangggg..."
kepada cik padini yang kasi voucher 30% less. apesal tak bagi free je terus?
oh yeaaaa.. baru je dapat sms dari cik hel ku sayang
nak belanje subway yeeee... yea yea yea
tolong belanje kek birthday, tgi friday skali ye ( memandangkan encik S mu itiew telah memungkiri janjinya pada ku, cik hel kene la belanje cik nana)
sayang cik hel jugak!!!!

Alhamdulillah, syukur sangat kepada Allah
dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ada kerja (walaupun tak best)
ada orang sayang aku. encik tunang, keluarga n kawan2
walaupun hidup ni ade duka, tapi aku bersyukur sangat dengan segala pemberian yang Allah berikan pada aku
aku berharap tahun ini n di tahun2 seterusnya aku akan lebih berjaya
berjaya di dunia dan di akhirat
dapat membahagiakan orang di sekeliling aku
dapat mencapai ape yang aku impikan
dapat memberikan kesenangan dan balas jasa ibu bapa n keluarga aku
dan aku harap aku lebih matang, tabah, bahagia dan kaya... (muahahahah)
pada kawan2 semua n sesiapa je laaaaa
doakan yang baik2 tuk aku ye
itu hadiah yang paling bermakna dan berharga tuk aku
tapi kalau ade yang nak kasi handbag ke, handphone ke, baju keeeee
aku alu2 kan... jangan malu jangan segan
nak alamat umah, sila sms untuk pertanyaan. hahahahhaha

so, aku dah 27 dah.... (tetiba no 2 dah leh tekan)
pada yang sibuk tanye bile aku nak kawin tu
doakan aku cepat kawin
tak yah tanye2 aku bile nak kawin
penat mak nak jawab tauuuuuuuu

P.S I LOVE U- huwaaaaaaaaaaaaaa.... dah tua dah!!!!
10 orang sedang bergumbira







Tuesday, June 2, 2009

berapa lajukah anda???


cuba lah kalau berani... ;)

P.S I LOVE U - 58 perkataan je... korang mesti lagi laju kan?

4 orang sedang bergumbira







Monday, June 1, 2009

buah durian dibawa belayar


cik nana dapat durian freeeee
tak caya??? sila lihat di bawah ini













time kasih cik durian runtuh kerana memberikan saya anugerah ini
hehehhee.... kalau kasi buah durian betul2 lagi besttttttt
13 orang sedang bergumbira







Friday, May 29, 2009

setelah.....


2 hari mc. im back!!!!
rindu kat blog nih. dah 2 hari tak berjumpa
2 hari aku mc. demam panas katanye
demam mestilah panas kan?
sebenarnye dah rasa demam2 ni dari last week lagi
tapi kejap ade kejap tade. cam biskut chipsmore
hari selasa pas balik keje, rasa cam tak larat gile
so, balik tu baring2. pastu mama suruh makan ubat
ingatkan pagi tu ok. makin teruk gak
tapi aku gi gak keje pagi tu, sebab jumaat lepas dah mc
bile sampai office je, aku menggigil2 sebab kene aircond
pas siapkan keje sume, aku gi klinik.
sampai klinik kul 10.30, tapi jumpe doc kul 12
memang rasa nak pengsan tunggu doc

bile masuk jumpe doc, doc tu tanye aku
"why u look so sad?"
"maunye tak nampak sedih, saya dah nak pengsan sebab tunggu doctor tau!"
tapi dalam hati je laaa aku jawab
doc suspek aku kene denggi. sebab dah 4 hari aku demam
plus aku sakit2 badan. tapi dia tak nak buat blood test dulu
tunggu esok aku ok ke tak. kalau tak ok baru buat
memang aku rasa badan aku sakit gile, menggigil2, rasa tekak aku cam kene bakar
pastu kepala aku pening gile2. aku tak penah kene demam cam tu
doc cakap temperature aku 39'c. agak tinggi
terus doc kasi aku mc 2 hari. tapi ubat...banyak gile!!!

balik tu aku makan nasi skit gile. 2-3 suap je
tu pun paksa makan sebab nak makan ubat
wah.... cik nana makan ubat???? terpaksa laaa
takut punye pasal sebab doc suspek denggi
pas makan ubat aku selimut n tengok tv
pastu tido, bangun tido aku berpeluh2
tapi kepala still sakit n badan pun sakit2 gak
semalam jeee baru ok
tapi hari ni bile masuk office je pale aku pening lagi
mana taknyeeeee... ade 20 email masuk
n banyakkkkkkkkkkkk keje sedang menanti
serius nih... memang tengah sakit pale!
8 orang sedang bergumbira







sijil sekolah tadika


tade laaa...tipu je.
ni sijil dari cik helena
sempena follower cik hel dah mencecah 100 orang
bile laaa cik nana nak sampai 100 orang yeee
heheheh.... tahniah cik hel!!!


2 orang sedang bergumbira







Tuesday, May 26, 2009

Review : FJ Benjamin Warehouse Sale


minggu lepas aku, adik n mama gi FJ Benjamin Warehouse sale kat Centro, Klang
kitorang sampai sane dah dekat kul 11
thanks to encik batik kerana melambatkan aku
bile sampai sana car park full
so, aku park kat tengah2 jalan
nasib baik tak kene langgar kete aku tu
kat entrance tak kene beratur
tak macam sesetengah warehouse sale yang aku pegi
kene beratur punye la panjang nasib baik.
tapi.... bile dah masuk dalam hall warehouse sale tu
berpinar mata aku coz dah ramai orang
aku masuk2 je, trus lupe kat adik n mama aku. heheheh
aku trus je serbu kat bahagian jam
punye la ramai orang, n akhirnye aku kecewa
sebab jam yang aku nak tu dah disambar orang

pas kecewa tu, aku gi cari raoul handbag
pusing2 punye pusing tak jumpe
cousin aku kata ade, tu pasal aku gigihkan gak cari
last2 aku tanye sales girl kat situ
muke dah la cam taik, jawab lak nak tak nak je
kalau tak suke keje, jangan keje laaaa
dok umah, makan tido, makan tido je
aku pusing2, pastu jumpe
tapi hampa sekali lagi, sebab sume dah tinggal yang tak cantik je
so, aku cari baju. aku jumpe kemeja raoul cantik....
so aku amik 3 mule2 pastu aku tengok kemeja tuk encik tunang
aku amik 2 helai. kemudian nanti baru pilih
aku cari baju guess, gap. sumenye tak sesuai. tade lengan panjang

bile aku pusing2 cari adik n mama aku. *baru teringat aku gi dengan diorang. heheheh
tetiba aku nampak ade orang pegang handbag raoul yang cantik
aku dengan konfidennye, cuit orang tu n cakap "excuse me..... saya..."
bile orang tu toleh, adik aku rupenyeeeeeeeeeeeeeee
aku kene gelak kow2 dengan mama n adik
punye la excited nampak handbag raoul, sampai adik sendiri pun tak kenal
panjang lak ceritanye ni....
aku nak buat kesimpulan terus
bagi aku FJ Benjamin Warehouse Sale ni ok.
harga pun ok handbag guess rm60 - rm100
kasut raoul tu bagi aku mahal laaa... rm150. tak bape cantik pun
cume aku keciwa sebab tak dapat jam n handbag yang aku nak
tapi takpeeeee.... nanti aku akan dapatkan gak!
ok, ni laaaa hasil pengshopingan aku

ni la handbag yang membuatkan aku kene gelak.
nampak je besar, tapi dalam kecik je. rm250

kalau dah jadi mak orang, memang tak de pakai handbag kecik2 dah
ni rm100 je

rm75 sepasang. dah pakai hari ahad lepas

ni pun rm75 gak. belum pakai lagi

yang ni tuk encik tunang. rm180
b4 less rm359

yang ni adik aku punye gak. rm90
b5 less rm300++

yang ni tuk cinonet. rm40. baby gap
tak tau bile dia nak berenang2 di tepian pantai

yang sakan shopping adik aku laaaa
aku cari suar tak dapat. ade memang ade
tapi sume besarrrrr jeeeeee. sakit jiwa tau!
7 orang sedang bergumbira







PUJAAN HATI HAMBA

 

From Cik to Puan Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez