Tuesday, July 28, 2009

cerita kurang best


setelah berfoya-foyaan di kelantan, hari ni aku masuk keje
sampai je kat sekolah, guru besar n 3 orang cikgu tengah duduk kat pondok bacaan
masing2 muke masam je. aku nak tegur pun tak berani
kul 8.15 cam biasa aku gi kantin tuk minum pagi
cikgu2 ade kat situ sume muka masam2 n sedih
rupe2 nya sorang student sekolah aku lemas semalam
sekarang kat icu. patut la semua cikgu sedih

kisahnye, semalam lepas je habis latihan menari dia n kawan2 dia gi tasik kat belakang sekolah
time dia mandi2 tu tetiba dia lemas. dia mintak tolong kawan dia
tapi kawan2 dia ingat dia main2 je. so diorang wat tak tau
tapi sorang kawan dia yang tak mandi ni rasa tak sedap ati n gi selamatkan dia
dah la budak yang selamatkan dia tu kecik je, n tak tau berenang
n Alhamdulillah dia berjaya gak selamatkan kawan dia
pastu kawan2 dia lari ke rumah budak yang lemas nih tuk panggil bapak dia
time tu budak tu dah biru dah. mungkin dah terlalu banyak telan air

mula2 bapak dia hantar gi hospital banting, tapi hospital banting hantar ke klang
terus masuk icu. n dengar cite hidung n telinga dia kuar darah
tadi aku tanye guru besar cane keadaan dia. guru besar kata dia dah sedar
cume kene guna lagi alat bantuan pernafasan tu.
guru besar gi melawat dia dengan cikgu tarian. mula2 guru besar masuk dulu
dia senyum2 lagi kat guru besar. tapi bile je nampak cikgu tarian, terus tutup muka
hehehhee... takut kene marah la tu. syukur Alhamdulillah dia dah ok
kalau tak guru besar cakap susah la sekolah nanti
doakan ye kawan2, semoga dia cepat sembuh
10 orang sedang bergumbira







Thursday, July 23, 2009

entry cukup syarat


cik nana ke kelantan esok. jangan nakal2 bile masuk ke blog ni
ke kelantan bukan la nak berfoya2 or berenjoy-enjoyan
tapi ade benda yang perlu dibuat
tapi.... kan best kalau gaji dah masuk. leh la bershoping-shopingan dengan hati yang gembira
hehehe... nak gak bershoping-shopingan. baru kata tadi bukan nak berenjoy-enjoyan kan?
tempat manakah yang perlu aku lawati bile ke kelantan ye?
kalau yang tau sila tinggalkan komen
yang tak tau pun leh tinggalkan komen gak. hihihi
daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....
15 orang sedang bergumbira







Tuesday, July 21, 2009

bukan restoran ayah liyana jasmay


tolong...tolong... tekak aku terasa2 lagi ikan patin
nape orang kata ikan patin sedap. aku rasa loya lak makan ikan patin nih
nasib baik ade ikan pekasam. leh cover sikit rasa loya ni
tetiba cite pasal loya lak ek. tadi, aku makan ikan patin
ade cikgu sekolah ni bawak. suruh akak kantin tu masak. kitorang kul 10.30 time bebudak rehat kitorang akan makan beramai2.
ni kiranya lunch aku lah nih. kalau tak makan, berlapar la aku sampai petang

akak kantin ni masak ikan patin tempoyak. aku pun try la makan.
bile masuk mulut je, rasa cam tak bole blah
terus aku sumbat ikan pekasam banyak2.
aku pelik tul aaaa tekak aku nih. orang lain beli ikan patin sampai beratus2 ringgit
aku tak bole lak telan. ishhhh... kalau teringat ikan patin tadi rasa cam nak muntah
tak nak lagi dah makan ikan patin
15 orang sedang bergumbira







Monday, July 20, 2009

fasilitator schoolnet lagi


korang, aku dapat maklumat yang kita semua kene submit kedatangan kita
ni untuk fasi selangor. fasi negeri lain aku tak sure
kalau sekolah yang takde punch card, wat dalam excel bagi kat guru besar untuk sign
pastu scan n hantar ke email ni fs3_skmmcro@yahoo.com
tapi format tak de lagi. aku dapat tahu kita kene hantar hari ni.
kalau lambat hantar, gaji lambat.
korang dah join yahoogroup fasi selangor?
kalau belum, join tau. fs_sel2
4 orang sedang bergumbira







Thursday, July 16, 2009

aku nak menari esok


lupekan sebentar pasal notebook ku yang rosak itu
esok cik nana n cikgu2 sume akan berpoco-poco
seronoknyeee... tapi kene gerak awal ke sekolah
sebab poco2 bermula jam 7.45
tapi yang pastinya sume orang tak tau berpoco2
jangan bertukar jadi pocong2 dah la
aku dah download kan lagu poco2 tuk cikgu napi
semoga malam ni dia sempat create step pape pun tuk poco2 esok
cikgu napi terer oooo menari
skolah aku no 1 juara daerah tau tuk tarian
tuk negeri no 3. nanti aku letak gambar diorang berlatih tarian ek
memang hebat laaa... siap angkat2 lagi tu
selamat berpoco2 kepada cik nana dan cikgu2 sekolah aku
11 orang sedang bergumbira







Wednesday, July 15, 2009

macam-macam hal


blogger-emoticon.blogspot.com tensionnnyeeeeee
tengah syok2 aku chatting dgn kawan aku tetiba notebook aku hang
aku ctrl+alt+del banyak kali tak leh gak.
aku cabut off suis notebook aku n on balik
tapi tak leh masuk windows
asyik restart je. bile kuar je disk checkup tu pastu dia restart balik
damnnnnnn.... ape hal lak la notebook nih
last2 bile kuar je skrin biru tu aku try tekan button f1
pastu leh masuk windows. tapi bile aku tak tekan button f1 tu
sampai kesudah tak masuk windows. kalau aku tunggu sampai tahun depan kot
ape hal ek? aku try google tapi tak jumpe la. ke aku yang tak nampak
bengang tul aku. tetiba je cam ni.
sesape tau tak nape? helppp meeeeee

bile aku dah menggelabah tak leh masuk windows aku tanye kakak kerani tu ade cd kosong ke tak
aku nak burn document n sume picture. especially picture time bertunang
tapi... malangnye tade lak.
balik keje aku trus pecut gi tesco klang. sebab kat area aku ni cam tade lak kedai komputer
time aku nak cepat la jpj wat road block.
aku tension tul la. diorang hari2 wat road block. tak tau nak ape
yang wat aku tambahhhhhh bengang, sebab pegawai tu tahan aku
hah??? apehal lak nih? aku tak wat salah ape pun. time nak cepat macam2 hal lak
dialog aku dgn encik jpj itu

"nape ye?"
"cik, bagi lesen memandu"
"jap ye..."
"uihhhh... banyak lesen"
"hah? nah..."
pastu dia gi belakang, depan
"kenape ni?"
"tade ape cik. saje check"
"nape saya lak kene tahan. saya tak wat salah pun"
"tade cik, saya pilih sape2 je"
"pulak.. nape ye hari2 ade road block. jalan jem la. tak suka tul"
"cik, ini arahan pihak atasan. saya pun tak suke berdiri cam ni. penat. cik nak pegi mane ni?"
"nak gi tesco. saya nak cepat ni"
"balik keje ke?"
"ye... ade pape lagi?"
"tade"

bengang tul. kete aku dah la suci muci. tade modified pape pun. makeup pun tade
kalau ye pun nak ngorat, sila pilih waktu dan hari lain. (aku tau aku perasan) time aku nak cepat la nak tahan2 aku bagai. kang aku mengamuk kang... dah la tengah serabut.

korangggg... kalau korang tau nape dengan notebook aku ni. tolong bagitau ye. fening dah pale makcik.
23 orang sedang bergumbira







Tuesday, July 14, 2009

Fasilitator Schoolnet sekalian....


"cik, saya nak tanye pasal kontrak saya."
"awak ilp mane?"
"saya kat sek keb dot dot dot"
"bukan... training kat mane?"
"kat dot dot dot"
"jap ye"

"hello."
"cik, saya nak tanye pasal kontrak saya"
"kenapa?"
"saya tukar sekolah dari sekolah tut ke sekolah tut"
"hahahahah.... weh nana, aku laaaa ni. ***"
"bla bla bla"

dari ape yang kawan aku cakap gaji kite semua InsyaAllah masuk pertengahan bulan 8 kalau tak banyak masalah.
sebabnye banyak benda diorang kene buat.
kita sama-sama doa gaji masuk awal.
kalau tak aku kene makan megi la jawabnye.
nak bayar duit kereta lagi, bil telefon, bil broadband, cc...
kita sama-sama doa gaji masuk awal ye!
16 orang sedang bergumbira







Monday, July 13, 2009

saya mahu...


nak naikkan berat badan
nak naikkan berat badan
nak naikkan berat badan
nak naikkan berat badan
nak naikkan berat badan
nak naikkan berat badan
nak naikkan berat badan
nak naikkan berat badan

sila sebut 44 kali. cik nana dapat naikkan berat badan.
nanti jadi kenyataan
sila doakan aku dapat naikkan berat badan ye
letih dah makan nih. ;)

PS I LOVE U- manusia ni tak pernah puas
15 orang sedang bergumbira







Thursday, July 9, 2009

He will never be forgotten


~HIS MUSIC WILL LIVE FOREVER~

________§§§$$§§$§§_
_________$$$$$§§§$$§§$§_
_______($$$$$$$§§§$$§§$§§_(§§)_
_______($$$$$$$$$$$$§§$$__$§§$)~
________(§§§$$$$§$$$$§§$$§§$§§$§§~
_R______((_($$§§$§§$§§§§§§§§§$$§§$
________))_(§$$$$$$§§$$§§$§§$§§§§§~
_I_______((_)_((§$$§$$§§$$§§$§§$§§§§((....
___________))_)_§$$))_$$$§§§$$§§$§§$§§§§§
_P_________(__(_))_§$§§§§§$$§§$$§§$§§$§§§
_______________(__$_$$§§§§§§$$§§$$§§$§§$§§
_______________)_$_$§$§§§§§§$§§$$§§$§§§§__§
__________________)$__§§§§§§$§$$_§$$§§___§$§
_________________)§___$§§§§§$§§$_§$$___§§$§§§§
_M_______________)$§__$§$§§§$$$§§§_$__$§§$§§$§§§
_________________§§§§_§$$$$$§§§§§§§$§§_§$$§$$§§$§
_I________________(§___§§§§§§§§§§$§§$$§§_§§$_§§§§§§
__________________(§__$$§§$§§§§§§§§$$§§$§_$§§§§§§§
_C_________________(§_$$§§$§§§§§§§§$$§§_§§$§§§§§§
___________________(§__$$§§§§$§§§§§§$_§§$§§$§§§§
_H_________________(§__$$§§§§$§§§§§__$§§$§§$§§
____________________§__$$_§§§§§§$§§$$§§$§§§§
_A__________________§$§§§_§§§§§$§§$$§§$§§§§
____________________§$§§$$::::§§$$$§§$$§§$_§
_E_______________§§§§:::§$§§$$§__§§$§§$§_§§§
________________$$$$:::§§§§$$$§___§$§§$§§§§§
_L__________$$$§§:::§$§$$$$§§$$__$§§$§§§§§§§
___________$$$§:::§§$§$$$$$§§$$§§$§§$§_§§§§
_________$$$§:::§$$$$$$§§$§§§§§§§$$§__$§§$
_______$$$§::::$$$$$$§§$§§§§§§§$$§§$___§§$
_____$$$§::::$$$$FL$§§§§§§§$$§§$§_______§§
___$$$§::::§$$$$§§§§$$$$§§§§
_$$§::::§§$$§§$§§§§§§§$§§
$§§§$§§§§§$$§§$§§§§§
§§§§§§§$$§§$$§§§§
_§§§§§§§§$§§_§§$
_§§§§§§§§§$§§$_§$§
__§§§§$§§§$§$§§$_§$
___§§§§$§§§$§$§§$_§$
_____$§§§§§§§§§§§$§§$§
______§§§$§§§§§§$§§$§_$§
_______$§§§§§§§$$§$$§§_§§
________§§§§$$§§$$§§$$§§_§
_________§$§$$$§§§§§§$$§§$§§
__________$$$$§§$_§§$§§$§§§§§§$
___________§$§§$§§_§§§§§§§§§$$§§$§§
____________§$§§$§§_§§§§§§§§_$$§§$§
_____________§$§§$§§_$§§§§§__§§$$§
_________________§$$§§$______§§§§§
_________________§§§$§___§§
12 orang sedang bergumbira







Tuesday, July 7, 2009

fasilitator schoolnet


itu jawatan aku. keje baru aku. ok la, aku update 1st day aku kat sek keb sungai b****n. terpaksa dirahsiakan. sebab nanti ade orang nak anta lawyer kat ofis baru aku. huh! setelah 5 hari aku bertraining dan bersuka ria last week, aku pun bertugas di sekolah sebagai fasilitator schoolnet. aku rasa kebanyakan fasi schoolnet ni tak berapa jelas dengan jobscope masing2. tapi kami sume cuba yang terbaik untuk mengICT kan skolah. InsyaAllah. kitorang sedaya upaya tuk membimbing guru dan murid skolah untuk menggunakan IT dalam pengajaran & pembelajaran.

hari pertama, aku sampai skolah pukul 7.50 pagi. time tu student tgh perhimpunan. aku sangat terperanjat dengan bilangan student yang ade. sangattttt sedikit. dan sume guru kat situ pun terperanjat tengok aku sebab diorang tak tau langsung yang aku akan bertugas di situ. lepas je student nyanyi lagu skolah, negaraku je sorang cikgu tegur aku. aku explain kat dia aku sape n dia panggil guru besar. pastu aku pun jumpe guru besar.

lepas perhimpunan, guru besar panggil aku. dia baca surat tawaran aku n dia kata dia memang tak tau langsung yang aku akan bertugas kat skolah tu. aku cakap memang kebanyakan skolah tak tau yang ade fasi schoolnet akan datang. tapi tak pe la. lepas aku terangkan serba sedikit jobscope aku, dia bagi aku meja. baik cikgu besar aku. walaupun tak sedia pape, dia pastikan aku selesa. aku letak sume barang aku pastu aku terus tanye mane komputer tuk skolah. dia kata ade 2 buah komputer je yang boleh guna. yang lain sume dah rosak n dah terlalu lama. windows 95 okeh! lama gileeeee... aku dah pening. kalau ade banyak komputer, aku nak buat 1 kelas untuk student. tapi bile dengar ade 2 je boleh guna, aku agak frust.

lepas dah bincang2 dengan guru besar, aku trus gi tengok komputer2 yang leh guna. letak kat dalam pusat sumber. n pusat sumber ni agak kecik. ye la, student pun dalam 160 orang je. macam mane la aku nak ajar komputer kat student2 ni? adehhhhh.... mula la aku menanya kawan2 lain ape diorang buat. sebab otak memang dah blur tak tau nak buat ape.

bile aku tengok anak2 orang asli ni, aku rasa bersyukur sangat dengan kehidupan yang aku ada. walaupun aku tak dilahirkan dalam keluarga berada tapi aku jauh lebih beruntung dari diorang. murid2 skolah aku ni sume dapat bantuan dari kerajaan. diorang tak bayar pape pun. dari uniform skolah, makan, yuran sume kerajaan bantu. tapi untuk skolah rendah sahaja. bile skolah menengah, tade lagi bantuan. dats y ramai yang tak sambung blaja. sebab tak de duit. kesian kan? ade gak student yang jauhhhh sangat rumah diorang. bayangkan, dari ape yang diorang cakap dengan aku. diorang bangun seawal 5 pagi. gi skolah pukul 6 sebab bas amik pukul 6 n rumah diorang sangat jauh dari skolah. kesian kan? n diorang terpaksa menunggu skolah menengah habis skolah baru la bas amik diorang. dats y cikgu2 buat kelas tambahan waktu petang. diorang ni gak ade masalah komunikasi. bile kita bercakap laju, diorang tak faham. kita kene cakap sebutir2. n kebanyakan diorang masih tak pandai membaca. kesian sangat. cikgu2 skolah aku cuba sedaya upaya tuk membantu diorang. tapi... takde sape nak ajar diorang bile kat umah. oh yea, skolah aku jugak ade buat kelas tuk orang dewasa. start kul 2 sampai kul 4.30 petang. harap2 dapat la membantu diorang.

aku tengah berfikir ape yang boleh aku buat untuk membantu anak2 orang asli nih. aku mungkin akan berbincang dengan guru besar tuk mintak sumbangan komputer. dapat 3 buah pun cukup la. nak ganti yang lama tu. sebab kalau banyak2 pun tak tau nak letak mana pulak kan. aku memang nak buat kelas komputer tuk anak2 orang asli. cuma tak cukup komputer. so, korang rasa kan dengan sape aku leh dapatkan bantuan? sape ada cadangan aku amat hargai.

ni jalan nak ke sekolah aku

aku tak tau mane rumah diorang. masa ni dah pukul 7.50 pagi

ni la makmal komputer merangkap pusat sumber. 2 buah komputer je leh guna

skolah aku guna vsat. skolah korang?

nak balik dah. babai cikgu nana. sume panggil aku cikgu. hehehe

PS I LOVE U- amik... panjang gile update aku. hehehehe
29 orang sedang bergumbira







Monday, July 6, 2009

sekarang....


aku berada di tempat keje baru.
akan diupdate selepas ini.....
blogger-emoticon.blogspot.com
16 orang sedang bergumbira







Thursday, July 2, 2009

update-update


hi korang... ni berblogging dari tempat training. malam ni tido sini. untuk pengetahuan semua, aku dah berhenti keje. n dapat keje lain. minggu ni aku training. 5 hari. dekat je dengan umah aku. hari2 aku ulang alik. tapi hari ni aku saje tido hostel. sebab kawan2 kat tempat training ni best. sume otak gile2. pas training ni aku mungkin ditempatkan kat tempat yang mungkin susah untuk aku berblog. aku akan rindu blog aku, n korang sume. walaupun aku jarang update nanti, sudi2 la jenguk blog aku ni.

seronok tul training nih. dah la makan sehari 4 kali. lauk memanjang ayam jeee. padahal aku baru je berniat tak nak makan ayam banyak2. tapi bile nampak ayam, tak leh katakan tidak. pastu instructor pun best. kawan2 lagi la best! aku harap tempat keje aku nanti tu pun best. walaupun sangat jauh dari umah aku. aku sebenarnye susah ati sangat nak keje jauh2 ni. aku kalau bole nak keje dekat dengan umah. mesti korang ingat aku ni anak manja kan? bukan... aku semenjak form 1 dok hostel. sampai la umur aku 26 tahun jarang melekat kat umah. so, bile keje ni aku nak la dok umah. b4 aku kawin... heheheh... hopefully aku dapat la tukar tempat. korang sume doakan aku ye dapat tukar tempat dekat dengan umah aku. aku harap sumenye ok! aku selalu ade masalah nak tutup cerita. korang tengok je la gambar2 aku nih. sekian, terima kasih!

kumpulan nasyid al-wahidah

mengontrol ayu je masing2

P.S I LOVE U- mai, i rindu kat u! so sori tak dapat jumpe u b4 i balik hari tu
12 orang sedang bergumbira







PUJAAN HATI HAMBA

 

From Cik to Puan Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez