Thursday, June 11, 2009

di mana?


di mana nilai kemanusian? sudah hilang ke dari diri kita? aku sangat terkejut bile baca harian metro. berita ni berita hari selasa lepas. aku rasa korang sume dah baca kan? sape2 yang belum baca, sila baca di bawah ni....

3 tahun dalam neraka

sebab tengok gambar ni la aku makin marah meluap2

KUALA LUMPUR: Amah wanita itu diperlakukan bagai hamba abdi sejak hampir tiga tahun apabila didera hampir setiap hari, sebelum dia nekad melarikan diri dari rumah majikannya di sebuah kondominium di Mount Kiara di sini, awal pagi semalam.

Malah, majikan terbabit didakwa tidak pernah membayar gaji walau satu sen pun sejak wanita warga Indonesia itu diambil bekerja di rumahnya, selain hanya diberikan nasi kosong tanpa lauk sebagai makanan harian.

Lebih memualkan, jika mangsa teringin sangat menjamah lauk, dia hanya dibenarkan mengambil daging babi oleh majikan tidak berhati perut itu, walaupun mengetahui pembantu rumah berkenaan beragama Islam.

Itulah antara penderitaan terpaksa ditanggung Siti Hajar, 33, yang cedera teruk hampir di seluruh anggota badan akibat disimbah air panas sebelum wanita berkenaan meloloskan diri.

Difahamkan, wanita malang terbabit yang tidak dapat menanggung azab melarikan diri dari rumah majikannya kira-kira jam 1 pagi dan bersembunyi di tepi jalan sebelum menahan sebuah teksi untuk ke Kedutaan Indonesia, di sini.

Wanita malang itu yang langsung tidak mempunyai wang bagaimanapun mendapat simpati pemandu teksi yang tidak sampai hati melihat keadaan mangsa lalu menghantarnya ke kedutaan tanpa mengenakan tambang.

Malah, mangsa turut diberikan wang saku RM10 oleh pemandu teksi terbabit yang bersimpati selepas melihat keadaannya yang sangat lemah ketika itu.

Mengulas mengenai kejadian itu, Duta Besar Indonesia di Malaysia, Tan Sri Da’i Bachtiar, berkata wanita malang terbabit tiba di perkarangan Kedutaan Indonesia kira-kira jam 8.30 pagi dan menceritakan segala penderitaan yang ditanggungnya selama ini.

“Sejurus melihat keadaan mangsa yang cedera teruk itu, pihak kedutaan kemudian membawanya ke hospital sebelum membuat laporan polis,” katanya pada sidang media di pejabatnya, petang semalam.

Menurutnya, pembantu rumah berkenaan yang berasal daripada Jawa Barat, tiba di negara ini pada 2006 dan dihantar bekerja di rumah dua majikan berlainan.

“Wanita terbabit bekerja dengan majikannya yang pertama pada 2 Julai 2006 selama empat hari dan kemudian diambil bekerja sebagai pembantu di rumah majikannya sekarang,” katanya.

Menurutnya, sejak hari itu bermulalah penderitaan yang terpaksa ditanggung wanita malang terbabit apabila dia kerap dimarahi dan dipukul hanya kerana melakukan kesalahan kecil.

“Mangsa langsung tidak dibayar gaji sejak 34 bulan lalu dan dia turut dipukul dengan objek keras jika membuat kesalahan.

“Dia yang tidak tahan lagi menanggung penderitaan akibat didera hampir setiap hari itu nekad melarikan diri semalam (kelmarin) selepas disimbah air panas oleh majikannya,” katanya.

Da’i berkata, pihak kedutaan memanggil wanita yang menjadi majikan itu untuk mengadakan perbincangan bagi menuntut tunggakan gaji pembantu rumah berkenaan yang dianggarkan bernilai RM17,000.

“Majikan itu datang ke kedutaan kira-kira jam 11 pagi tadi (semalam) dan hasil perbincangan dia mengakui mendera mangsa dan meminta maaf.

“Hampir lapan jam perbincangan dilakukan dan wanita itu kemudian ditahan polis sejurus dia keluar dari pejabat kedutaan,” katanya.

credit: harian metro
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

kenapa la ade manusia yang berperangai binatang. kejam sangat2 bagi aku. pendapat aku, walaupun dia cuma lah pembantu rumah, dia tak sepatutnye di layan macam ni. mane peginye la akal fikiran orang2 ni. suka ati nak melepaskan kemarahan pada orang lain. bagi aku la, hukuman untuk orang macam ni, kita seksa je dia balik. buat macam dia dah buat kat pembantu rumah dia nih. bodoh! geram lak aku dengan orang cam ni. dah la tak bayar gaji, seksa lak tu. dera mental pun dah sakit ok. ni kan pulak fizikal. simbah air panas lak tu. bodohnyeeeee la. pastu bagi makan babi lak. ishhhh... memang kurang ajar! pastu senang2 je nak mintak maaf???

bagi aku, agensi pembantu rumah ni kene lebih bertanggung jawab. mane2 orang islam, tak sepatutnye dihantar ke majikan non-muslim. aku tak kata semua non-muslim tak sensitif pasal bab halal haram ni. tapi ade gak yang tak faham n buat2 tak faham. seelok2nye mane2 orang islam jangan di hantar pada majikan non-muslim nih. nanti jadi lah isu kene makan benda haram, kene pegang benda haram. nak solat tak boleh. ini cuma pandangan aku la. aku harap manusia ni lebih berperikemanusiaan. n manusia2 yang tak berperikemanusiaan ni dapat balasan setimpalnye.

P.S I LOVE U- sedih sangat!

12 orang sedang bergumbira on "di mana?"

d0tbl0gsp0td0tk0m on June 11, 2009 at 11:16 AM said...

apa kata kita pakat ramai² simbah air panas kat majikan dia tu.... biar dia rasa sikit.....

moga ALLAH memberi pembalasan kepada mereka yang zalim....

Nana on June 11, 2009 at 11:36 AM said...

kadang-kadang manusia ni lagi teruk dari binatang kan????

Aduka on June 11, 2009 at 12:01 PM said...

agensi spatut di persalahkan..

♛ Kerani Sekolah ♛ on June 11, 2009 at 12:11 PM said...

manusia zaman sekarang memg kejam!!~~mngalahkan binatang~..org takde agmae je yg sanggup buat macam tuh..
moga2 kite tak termasuk org macam tuh..geram~marah~sedih~

nana~ on June 11, 2009 at 1:07 PM said...

pakcik- tu ah.. biar dia rasa sakit ke tak kene simbah air panas tu kan? amin....

misz nana- banyak dah orang yang berperangai binatang. kadang2 baca paper rasa takut sangat dengan perangai orang sekarang

aduka- saya setuju. agensi yang patut dipersalahkan. jangan la nak fikirkan keuntungan saja

durian runtuh- memang kejam kan? tak tau la mane akal dan fikiran orang tu

DilOt on June 12, 2009 at 2:13 AM said...

oohhh gillerrr...

ni bukan setakat dera...tp nak bagi mati ni...tgkla badan ngan muke die...mesti trauma habis nak keje kat sini lg...

mmg btl...kalo majikan die bukan islam..baik bagi maid yg bukan islam la...kesian dieorg...dipakse lakukan bende yg haram dilakukan,,,

EiNS on June 12, 2009 at 2:51 PM said...

Memang dahsyat...kena dera sampai melecur2 bagai...

cuba bca perbandingan kes ni ngan kes manohara; obefiend.blogspot.com

nana~ on June 12, 2009 at 4:41 PM said...

dilot- kesiankan? yang buat tu bukan manusia. tapi binatang!

eins- manohara walaupun disilet2 tapi tetap cun. siti ni disilet2 sampai kita pun tak sanggup nak tengok. dats y manohara punye news lagi glamer. bodo kan reporter indonesia nih?

eddie dewanaga on June 13, 2009 at 2:38 PM said...

sebagai manusia, ramai yg antara kita mengenepikan sifat kemanusiaan.

bersikap kejam dengan haiwan lagi kan dikutuk, inikan pula sesama insan...

cik helena on June 15, 2009 at 9:06 AM said...

kejam oh,,,bodoh punye org!!sula jek org gitu..

nana~ on June 15, 2009 at 4:01 PM said...

eddie- ramai sangat orang sekarang ni yang berhati binatang. mintak2 kta tak tergolong dalam orang yang mcm tu

helena- kejam kan?? sulaaa????? u tolong sulakan la ye. i takuttttt

syufaa on June 16, 2009 at 10:35 AM said...

yes! manusia ni xsedar diri kot?? suke suke jer nk wat gitu. sekeh jer.. :)









PUJAAN HATI HAMBA

Blog Kita
 

From Cik to Puan Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez