Friday, June 26, 2009

untuk semua


korang, blog ini akan bersawang untuk jangka masa yang lama.
mintak maaf la ye kalau aku tak jengah ke blog korang.
so, take care semua.
n pesanan penaja, sila jaga tingkah laku bile ke blog ini ye.
17 orang sedang bergumbira







Thursday, June 25, 2009

;(


aku buntu.
bantulah hamba Ya Allah...
11 orang sedang bergumbira







Monday, June 22, 2009

sesi bersama?


cik hel! oh, n kawan cik hel bernama ain. kitorang jumpe kat sunway pyramid. tapi cik nana sangat jahat kerana datang lewat 1 jam setengah. maap ye cik hel. sudah ku terangkan mengapa. memang tak dapat dielakkan. bukan salah diriku ini.

dah la bile sampai pyramid, parking full. pastu selama ni dah habis tawaf pyramid tu, leh terlupe lak kat mane studio r. zaman2 study dulu, punye la rajin gi studio r pyramid. memang sengal sebab kelam kabut. dari jauh cik hel dah senyum. nasib baik cik hel n cik nana leh cam walaupun tak penah berjumpe. bile dah jumpe cik hel, leh la pulak tak tau mane subway tuh. oh yea, cik hel belanje aku subway. dah la belanje makan, dapat hadiah lak. tengkiuuuuuu cik hel. i lap u so much! malu je tak bagi cik hel pape.

masa mule2 tu, cik hel diam je. aku yang banyak cakap. hahahaha... nervous tuh. bile nervous, aku jadi banyak cakap. sampai tak tau ape sebenarnye motif aku cite pasal benda tu. bile pikir2 balik, eh... nape aku cite pasal ni kat cik hel. paham ke cik hel nih? hahahaha... memang sengal. dah la borak cam tak ingat dunia. oh, cik hel ngata aku jalan cepat ye. hahaha... lain kali pakai kasut flat ye bile berjumpe cik nana. kekekekke....

tapi jumpe kejap je. kul 7.15 dah balik. rasa tak puas la... lain kali kalau kita jumpe lagi cik hel nak ajak main ice skating pulak. ishhhh... ngeri. kalau nak main ajak ain tau. nanti ade geng tak pandai main. tengkiu cik hel sebab sudi jumpe cik nana. sori sangat sebab lambat. memang best jumpe u. jangan serik ye. heheheh...



cantik kan??? sangat comel tau. thanks ye cik hel!

P.S I LOVE U- teringat zaman study dulu. :(
25 orang sedang bergumbira







Wednesday, June 17, 2009

aku stress... stress ke aku?


bersiaran dari umah abg aku. malam ni tido umah abg aku coz esok nak gi interview. kalau gerak dari umah abg aku tade la jauh sangat.

pas makan tadi ingat nak study ape yang patut. mule2 ngadap notebook ni cari info tuk study skit2. tapi..... tarikan blog nih lagi kuat lak. sempat lak kan mengupdate blog nih. gigih tul. cube suruh study, sure mengantuk.

blogger-emoticon.blogspot.com
poyo je. study la sangat kan...

blogger-emoticon.blogspot.com
stress tul la tak tau nak study ape. benda2 yang blaja dulu banyak dah lupe.

tak pe la korang, aku nak sambung study. doakan aku leh jawab dengan betulnye. doakan supaya penemuduga aku esok lembut ati n kesian nengok aku. trus dia nak kasi aku keje nih. doakan aku dapat keje ni gak ye. tata titi tutu... adios!
30 orang sedang bergumbira







Tuesday, June 16, 2009

kaunter pertanyaan


korang, sape tau bank mane yang senang nak luluskan personal loan. aku nak wat personal loan. hah? untuk kawen? bukan aaaa korang... ade la benda nak wat dengan duit tu.

yang aku tengok kebanyakan bank bagi pinjam tuk gov servant. tak pun basic gaji terlalu tinggi. kalau korang tau bank mane yang senang nak bagi pinjaman tolong bagitau aku ye. tak pun sape2 yang keje bank tengah baca blog aku nih, bagitau la aku. mintak tolong sangat kat korang. tengkiu!
14 orang sedang bergumbira







cik nana kene durian runtuh!


1.Copy Award di atas untuk di letak di blog anda.

udah di kopi neng. tapi gambar bersama si pemberi award ni tiada

2.Nyatakan 5 Fakta Menarik Tentang Si Pemberi Award ini..

~ dia suka durian kot. sebab nama blog dia miss durian runtuh. okeh, mungkin tiada kene mengena. nanti aku cekidaut
~ dia orang perak. mungkin ipoh. tak penah tanye lak. tapi ade entry dia gi ipoh parade ke green town mall. so, aku agak dia orang ipoh
~ dia baru beli baju kotak2 yang dia nak
~ dia masih blaja.
~ ape lagi ek??? tak tau laaaa.. tak bape kenal. tapi dia baik la!

3.Setiap Blogger Mestilah Menyatakan 10 Fakta atau Hobi Tentang Diri Sendiri Sebelum Memilih..

~ pertama: aku cute. ini fakta. sila muntah ye kawan2. sape lagi nak puji aku kalau bukan diriku sendiri
~ kedua: hobi aku window shopping. sebab aku bukanlah orang kaya
~ ketiga: aku mudah simpati kat orang.
~ keempat: aku sangat suke kucing. pernah terfikir nak bukak pet shop.
~ kelima: aku boleh mengadap pc tanpa makan dan minum. terer tak?? :P
~ keenam: aku tak reti pakai high heels. say no to high heels!
~ ketujuh: aku tak reti menambah warna dimuka aku. makeup la tu
~ kelapan: aku seorang yang garang. tak caya tanye anak buah-buahan aku
~ kesembilan: aku tak reti nak layan baby or budak2
~ kesepuluh: yang ni memang betul. aku sangat kurus. underweight weh.

4. Anda Perlu Memilih 10 Orang Penerime Award Seterusnya & Describe Tentang Mereka..

10? uishhhh... banyak tul. tak yah laaaa... aku tag sume orang! hahahahah... lagi banyak kan??
4 orang sedang bergumbira







Friday, June 12, 2009

panas sehingga ke petang


tempat korang berjerebu tak? tempat aku jerebu. sampai mata pun dah naik pedih. kat kawasan umah aku memang berjerebu sebab tuan punye kebun pakat2 bakar kebun diorang. nak bagi tanah subur. time ni la diorang nak amik kesempatan, sebab musim panas. hujan tak turun, so tade la time diorang bakar api padam.

tapi leceh la. nak gi keje pagi2 tak nampak jalan. kene pasang lampu. kalau tak sure kete lain tak nampak kete aku. bile la nak hujan ye? kurang la jerebu nih. semalam aku dengar hotfm, kiran n AG cakap paras air kat empangan dah semakin kurang. bole tahan dalam 160 hari je. ishhhh... semoga hujan turun. panas sangat laaaa...

P.S I LOVE U- kene jimat2 air la ye. mandi sehari sekali mungkin? oh noooooooo
11 orang sedang bergumbira







Thursday, June 11, 2009

di mana?


di mana nilai kemanusian? sudah hilang ke dari diri kita? aku sangat terkejut bile baca harian metro. berita ni berita hari selasa lepas. aku rasa korang sume dah baca kan? sape2 yang belum baca, sila baca di bawah ni....

3 tahun dalam neraka

sebab tengok gambar ni la aku makin marah meluap2

KUALA LUMPUR: Amah wanita itu diperlakukan bagai hamba abdi sejak hampir tiga tahun apabila didera hampir setiap hari, sebelum dia nekad melarikan diri dari rumah majikannya di sebuah kondominium di Mount Kiara di sini, awal pagi semalam.

Malah, majikan terbabit didakwa tidak pernah membayar gaji walau satu sen pun sejak wanita warga Indonesia itu diambil bekerja di rumahnya, selain hanya diberikan nasi kosong tanpa lauk sebagai makanan harian.

Lebih memualkan, jika mangsa teringin sangat menjamah lauk, dia hanya dibenarkan mengambil daging babi oleh majikan tidak berhati perut itu, walaupun mengetahui pembantu rumah berkenaan beragama Islam.

Itulah antara penderitaan terpaksa ditanggung Siti Hajar, 33, yang cedera teruk hampir di seluruh anggota badan akibat disimbah air panas sebelum wanita berkenaan meloloskan diri.

Difahamkan, wanita malang terbabit yang tidak dapat menanggung azab melarikan diri dari rumah majikannya kira-kira jam 1 pagi dan bersembunyi di tepi jalan sebelum menahan sebuah teksi untuk ke Kedutaan Indonesia, di sini.

Wanita malang itu yang langsung tidak mempunyai wang bagaimanapun mendapat simpati pemandu teksi yang tidak sampai hati melihat keadaan mangsa lalu menghantarnya ke kedutaan tanpa mengenakan tambang.

Malah, mangsa turut diberikan wang saku RM10 oleh pemandu teksi terbabit yang bersimpati selepas melihat keadaannya yang sangat lemah ketika itu.

Mengulas mengenai kejadian itu, Duta Besar Indonesia di Malaysia, Tan Sri Da’i Bachtiar, berkata wanita malang terbabit tiba di perkarangan Kedutaan Indonesia kira-kira jam 8.30 pagi dan menceritakan segala penderitaan yang ditanggungnya selama ini.

“Sejurus melihat keadaan mangsa yang cedera teruk itu, pihak kedutaan kemudian membawanya ke hospital sebelum membuat laporan polis,” katanya pada sidang media di pejabatnya, petang semalam.

Menurutnya, pembantu rumah berkenaan yang berasal daripada Jawa Barat, tiba di negara ini pada 2006 dan dihantar bekerja di rumah dua majikan berlainan.

“Wanita terbabit bekerja dengan majikannya yang pertama pada 2 Julai 2006 selama empat hari dan kemudian diambil bekerja sebagai pembantu di rumah majikannya sekarang,” katanya.

Menurutnya, sejak hari itu bermulalah penderitaan yang terpaksa ditanggung wanita malang terbabit apabila dia kerap dimarahi dan dipukul hanya kerana melakukan kesalahan kecil.

“Mangsa langsung tidak dibayar gaji sejak 34 bulan lalu dan dia turut dipukul dengan objek keras jika membuat kesalahan.

“Dia yang tidak tahan lagi menanggung penderitaan akibat didera hampir setiap hari itu nekad melarikan diri semalam (kelmarin) selepas disimbah air panas oleh majikannya,” katanya.

Da’i berkata, pihak kedutaan memanggil wanita yang menjadi majikan itu untuk mengadakan perbincangan bagi menuntut tunggakan gaji pembantu rumah berkenaan yang dianggarkan bernilai RM17,000.

“Majikan itu datang ke kedutaan kira-kira jam 11 pagi tadi (semalam) dan hasil perbincangan dia mengakui mendera mangsa dan meminta maaf.

“Hampir lapan jam perbincangan dilakukan dan wanita itu kemudian ditahan polis sejurus dia keluar dari pejabat kedutaan,” katanya.

credit: harian metro
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

kenapa la ade manusia yang berperangai binatang. kejam sangat2 bagi aku. pendapat aku, walaupun dia cuma lah pembantu rumah, dia tak sepatutnye di layan macam ni. mane peginye la akal fikiran orang2 ni. suka ati nak melepaskan kemarahan pada orang lain. bagi aku la, hukuman untuk orang macam ni, kita seksa je dia balik. buat macam dia dah buat kat pembantu rumah dia nih. bodoh! geram lak aku dengan orang cam ni. dah la tak bayar gaji, seksa lak tu. dera mental pun dah sakit ok. ni kan pulak fizikal. simbah air panas lak tu. bodohnyeeeee la. pastu bagi makan babi lak. ishhhh... memang kurang ajar! pastu senang2 je nak mintak maaf???

bagi aku, agensi pembantu rumah ni kene lebih bertanggung jawab. mane2 orang islam, tak sepatutnye dihantar ke majikan non-muslim. aku tak kata semua non-muslim tak sensitif pasal bab halal haram ni. tapi ade gak yang tak faham n buat2 tak faham. seelok2nye mane2 orang islam jangan di hantar pada majikan non-muslim nih. nanti jadi lah isu kene makan benda haram, kene pegang benda haram. nak solat tak boleh. ini cuma pandangan aku la. aku harap manusia ni lebih berperikemanusiaan. n manusia2 yang tak berperikemanusiaan ni dapat balasan setimpalnye.

P.S I LOVE U- sedih sangat!

12 orang sedang bergumbira







Wednesday, June 10, 2009

rock kapak!


aku nak ucapkan terima kasih kat sume yang bagi cadangan hadiah birthday encik tunang.

hari sabtu lepas adalah hari berdating aku n encik tunang. kitorang menghabiskan masa n duit kat pavillion. punye la penat berjalan sehari suntuk sampai rasa cam nak tercabut kaki. pastu ingatkan kitorang nak gerak gi tempat lain. tetiba lak encik tunang nampak speedy. dia ajak aku masuk. dia nak beli cd. ni la hasilnye...

ni bukan aku punye. encik tunang yang punye

ni aku punye. thank to encik tunang sebab belanje

aku beli cd ni sebab lagu masih aku terasa-gersang. berhantu ooo lagu nih!
kat sini tulis lagu rock 90an tapi aku rasa kebanyakannye kumpulan rock 80 an.

mule2 aku kenal encik tunang, dia tak dengar lagu2 cam nih. kenal dia aku tau la kumpulan rancid la, rage against the machine la n ntah pape lagi. pastu aku ngajar dia dengar lagu tangkap leleh cam backstreet boys. hehehe... padan muke

aku ni tade la minat muzik sangat. kalau ade lagu yang best aku dengar. tapi aku suke sangat lagu rock 80's. aku paling ingat lagu masih aku terasa by gersang. pastu kumpulan rock yang aku ingat kumpulan blackrose, kumpulan graviti yang nyanyi suke pusing2 mikrofon, kumpulan masa, kris, bumiputera rockers, search (ni mestilah). lagu rock zaman sekarang aku tak boleh blah sangat la.

aku ade ajak tunang aku tengok konsert search, tapi malangnye... dia kata baik tengok MU. alaa... dah sah2 la msia akan kalah dengan MU. nak wat pe tengok kan? 1st konsert aku tengok ialah konsert KRU kat fun fair. time tu aku minat gile kat yusry. nampak je yusry kat atas pentas aku terlompat2 cam monyet n terjerit2 cam orang kene histeria. "yusryyyyyy... i love u!" pastu abang aku sound. "ek eleh... yusry yang suara sengau ni nana suke. dah la lembik"
"biar lah...dengki!" aku menjawab! hari tu aku jumpe yusry, i dah tak love u dia lagi. heheheh...
sori ye yusry!

P.S I LOVE U- korang punye fav. lagu rock kapak ape ek?
9 orang sedang bergumbira







Tuesday, June 9, 2009

tolong aku lagi


aku tengah pening nih. sape leh tolong aku?
aku tak tau la nak kasi hadiah ape kat encik tunang aku. sengal kan aku nih?
birthday dia ahad nih. nak kasi ape ye????
memang buntu gile nak cari hadiah tuk dia
i would appreciate a lot if you guys can give me some suggestion
if you guys have amazing suggestion, please feel free to leave a comment ya!
thanks a lot yeeeee

P.S I LOVE U- gadget ape yang best ek?
18 orang sedang bergumbira







tolong!!!


cane ek nak letak # orang sedang berdating / comment nih kat bawah entry
aku tak nak benda ni kat atas entry
aku dah ubah kat page element
tapi tak de pape perubahan pun
benda ni degil, still dok kat atas entry tu hah
sape2 tau tolong bagitau aku ye
terima kasih!
6 orang sedang bergumbira







Monday, June 8, 2009

dari jauh ku pohonkan ampun maaf


maaf ita.... maaf sangat.
aku ni dah makin tua kot
aku bole terlupe yang kenduri kawan aku nih hari sabtu 6hb june
bukan hari ahad 7hb june
aku lak lately ni sibuk gak
aku memang confident gile kenduri kawan aku nih hari ahad

hari sabtu kul 1 tu aku dapat sms dari kawan aku, Along
dia tanye "pegi tak weeding ita?"
aku tanye dia sape, coz no tade dalam fon aku
pas dia bagitau dia sape aku dengan confidentnye sms dia
"Oo.. sori. Pegi. Along sampai sane kul bape esok?"
tetiba tak lama pas tu Along call aku
"ni h***ana kan??"
"ye la... nape long?"
"kenduri ita hari nih laaaa"
"hah? bukan esok ke????"
"hari ni... kat tangan along ni ade kad dia"
"hah??? bukan ahad ke??? alaaa... cane nih????"
"along pun baru otw dari kuala selangor"
"alaaaa... tak leh gi la hari nih"

hmmmm.... sengalnye la aku nih. nape ntah
dah tua agaknye.
terus aku call ita, aku mintak maaf
dia time tu nak sanding dah
pastu aku sms dia mintak maaf

ita, aku janji aku pegi belah laki ek
sori sangat2.... ampunkan la kawan mu ini yang dah hilang ingatan nih
im soriiiiiiiiiiiii.....
2 orang sedang bergumbira







Friday, June 5, 2009

geram gile!!!!


pagi tadi aku kene himpit dengan lori lagi sekali
aku tak paham betul aaa dengan orang bawak kenderaan yang besar2 nih
tak kisah la bas or lori
perangai masing2 cam %$%^&&*$@ je
hari tu aku kene himpit kat nkve
kat flyover area nak shah alam
bawah tu dah aaa sungai
kalau tak sempat la aku break
aku langgar penghadang tu terus masuk sungai laaa jawapannye
so berkawan laaa aku dengan buaya kat sungai tu (ade ke buaya?)
nasib aku baik time kene himpit tu tade kenderaan kat blakang aku
so aku sempat laaa aku break emergency
aku terfikir laaaa
dibuatnye ade kete kat blakang n aku break diorang tak sempat break
langgar kete aku, memang la sia2 jeeee kan

n hari ni lagi skali aku kene himpit
kali ni kat kesas highway nak masuk ke nkve
kali ni aku berhenti tengah2 jalan
sesedap rasa dia himpit aku sampai aku kene break emergency n stop kat tengah jalan
aku tak tau la cane nak cite
tapi memang kurang ajar laaaa gi himpit aku time nak masuk simpang tu
nak masuk simpang ke nkve tu ade 2 lane
aku kat lane kanan
si mangkuk ayun ni dari tengah2 lane tetiba jeeee dia gi himpit aku
terus aku terkeluar dari lane aku
n aku nyaris2 langgar divider yang kat tengah
yang nak pisahkan jalan ke nkve n jalan ke subang
memang macam "kakalic"
kalau la aku tak sempat elak n break
sure aku dah langgar divider tuh
n nasib baik laaaa kete blakang aku jauh
sebab kelam kabut aku lupe mana nak tekan button hazard light

aku tau la kete aku kecik jeeee
n ko tu besar sangat!
tapi jangan la nak bahayakan orang lain
kurang ajar la kan
ko boleh dok kat tengah2 lane
tetiba ko dah tak leh nak menyelit lagi
ko gi himpit aku kan
memang ko ni tak skolah!

korang2 kalau bawak kete ke moto ke lori ke bas ke
tolong la bawak kenderaan korang dengan berhati2
jangan la bahayakan orang lain
chow.....

P.S I LOVE U- ayat adalah tunggang langgang. disebabkan kemarahan meluap2
20 orang sedang bergumbira







award dari uncle


award ni dari pakcik dot
tengkiuuuuu pakcikkkkkkkk dot!

P.S I LOVE U- tengok kawan2... saya tak tersalah amik award. muahahha
6 orang sedang bergumbira







Thursday, June 4, 2009

selamat menjadi tua


amboi... amboi... amboi....
kemain lagi korang ye gelakkan cik nana
takpeeeee.... hehehehe
tu laaaaa... kalut sangat
sampai soalan tag pun salah
hahahahah

sabtu lepas aku n family wat bbq kat bagan lalang
makanan adalah super duper banyak gileeee
kitorang gerak lepas zohor.
dalam kul 2 cam tu, sampai sana kul 3 lebih
aku tak penah gi bagan lalang nih
selalu dengar cite orang cakap bagan lalang sekarang dah cantik
bile gi sana aku pun tak pasti ape yang cantiknyeee
gambar pantai bagan lalang tade
yang ade gambar aku yang cantik ni jeeee
sila abaikan muke aku yang cam bibik2 nih ye
kata berbbq kan... takkan la nak pakai makeup lak
lagipun encik tunang tiada, so malas nak cun2

saya bersama makcik saya yang sangat cantekkkkk ;p

ini adalah kambing n ayam bakar, sos cili, n buah mangga

ni ikan bakar ye kawan2

aku dah makan kek b4 aku sambut birthday aku
sebelum kitorang kemas2 nak balik tetiba kakak ipar aku muncul bersama2 kek
nasib baik kek tak cair dalam kete tu
kalau cair, aku paksa gak orang makan
anak2 buah aku menyanyi lagu birthday tuk aku adalah sangat kuat
orang keliling pandang2
aku pedulik ape kan.... yang penting aku tiup lilin n potong kek
muahahhahahhaha
sambutan diadakan awal kerana 3 jun tu hari rabu
tade keje la abang aku nak sambut hari rabu lepas kan
aku sangat hepi.....


nasib baik kek ni tak cair

kek bersama lilin yang menyala (ape laaa ayat aku nih)


nampak tak aku cuba potong kek tanpa tiup lilin
serius aku lupe nak tiup lilin tu dulu

baru laaaaaa teringat nak tiup

peaceeeee... saya masih berumur 26 tahun

dear alang
happy birthday in advance

semalam lagi super duper hepi tau
encik tunang balik keje gi jumpe aku
kesian dia. dah la penat pindah umah semua
pastu nak melayan tunang dia celebrate birthday
aku sayang diaaaaaaaaaaaa (sila muntah la korang)
kitorang makan kat kenny rogers kat jusco bukit tinggi
tak sempat nak gi jauh2
dia sampai pun dah kul 9
dah makan2 tu kitorang lepak luar

ini adalah gambar disaat melepak di luar jusco
kitorang tengah bincang sesuatu yang agak serius
sila abaikan muke aku yang cam tak siap tu
wah.... encik tunang semakin debab yeeee

pastu bile masuk kete encik tunang amik sesuatu dari seat blakang
jeng jeng jeng...... cuba teka ape dia????
betul.......... mesti lah hadiah kan
tapi ape dia???

ape dia???
ape dia???

ape dia???
ape dia???

teka laaaaa
teka lagi
dan lagi
dan lagi
kasi korang muntah nak teka
jeng... jeng.... jeng...


dapat encik samsung yang slim

saat aku dapat benda ni aku menangis
sebab benda ni laaaa yang aku nak sangat
tak payah la cik nana nak mengumpul duit beli camera lagi
wehuuuuuuuuuuuuuu.... time kasih encik tunang
Alhamdulillah, aku dapat ape yang aku nak

n hari ini aku dapat ini pulak
dari officemate aku
tengkiuuuuu puan mai


sebab sedap sangat, dah makan baru ingat nak snap

sekian sahaja cerita buat kali ini. kita bersambung di lain hari

P.S I LOVE U- muntah la korang baca entry aku cite pasal birthday aku
9 orang sedang bergumbira







saya adalah....


bengong! hahahahah...
tag di bawah bukan dari nun
aku pun tak pasti dari siapa
aku adalah sangat bengong + sengal

nun, nanti saya buat ye tag nun tu...
ke kira dah settle nih???
3 orang sedang bergumbira







sape suruh????


telah di tag oleh cik nunaini.... huhuhuhu

1.Apakah hubungan awk dengan die?

kawan blogger yang baru dikenali

2.5 impression terhadap die?
5 ek???
* suke kucing
* terer amik gambar
* rasanye dia nih creative
* blog dia sangat cumilllll
* tak tau lagiiiiiiiiiiiiiiii

3.Perkara paling memorable die lakukan pada awk?
tade kot. jumpe pun tak penah

4.Kalo die kekasih awk,awk akan?
suruh dia amik gambar aku banyak2... i likeeeeeeeeeeeeee

5.Kalo die jadi musuh awk,awk akan?
curik kucing2 dia. muahahahahhahaha

6.Kalo die kekasih awk,die perlu improve dalam?
tunggu la dia jadi kekasih gelap ku. baru aku tau ape benda dia kene improve

7.Kalo die jadi musuh awk,maybe kerana?
tak tau laaaaaa... tak kot. tak baik musuh2 nih

8.Overall impression tentang die?
creative

9.The most desirable thing to do to his/her?
ape ye??? tak tau laaaa... kitorang baru kenal

10.Apakah awk rase tentang pandangan orang terhadap awk?
ermmmm... tak tau. tak kisah la ape pun pandangan orang pun terhadap aku. yang penting aku hepi!!!!

11.The character of you for yourself?
aku seperti kucing. manja, tapi garang. hahahahahahh

12.On contrary,the character you hate about you?
aku kuat majuk, suke marah2

13.The most ideal person you want to be with?
yang caring, sayang aku seadanya, pandai pujuk aku

14.For people who like you,tell something about them..
ngeh ngeh ngeh.... ade ke??? hmmmmm... cume nak ucap terima kasih!!!!

15.5 people you tag..
5????? alamak..... sesape yang baca kene wat tag nih! yang dah buat dikecualikan.
padan muke korang!
6 orang sedang bergumbira







Wednesday, June 3, 2009

Allah selamatkan kamuuuuuuuuu


it's my birthday today. I’m giving myself this birthday cake virtually. heheheh...
im 17 today. ngeh ngeh ngeh...
tetiba je no dua kat keyboard ni rosak
aku nak ucapkan terima kasih pada sume yang sms wish birthday aku
pada encik tunang tersayang, adik tersayang, kawan2 tersayang iaitu hajar darling, ordique kodiq n cik cikiboom yang sms kul 3.50 am (apesal ko tak tido lagi?) , cik kurnia insurans, encik doctor gigi Tiew
abang aku tersayang yang pagi2 dah kol tanye "birthday girl dah bgn ke blm?"
"tengah gosok baju la bangggg..."
kepada cik padini yang kasi voucher 30% less. apesal tak bagi free je terus?
oh yeaaaa.. baru je dapat sms dari cik hel ku sayang
nak belanje subway yeeee... yea yea yea
tolong belanje kek birthday, tgi friday skali ye ( memandangkan encik S mu itiew telah memungkiri janjinya pada ku, cik hel kene la belanje cik nana)
sayang cik hel jugak!!!!

Alhamdulillah, syukur sangat kepada Allah
dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ada kerja (walaupun tak best)
ada orang sayang aku. encik tunang, keluarga n kawan2
walaupun hidup ni ade duka, tapi aku bersyukur sangat dengan segala pemberian yang Allah berikan pada aku
aku berharap tahun ini n di tahun2 seterusnya aku akan lebih berjaya
berjaya di dunia dan di akhirat
dapat membahagiakan orang di sekeliling aku
dapat mencapai ape yang aku impikan
dapat memberikan kesenangan dan balas jasa ibu bapa n keluarga aku
dan aku harap aku lebih matang, tabah, bahagia dan kaya... (muahahahah)
pada kawan2 semua n sesiapa je laaaaa
doakan yang baik2 tuk aku ye
itu hadiah yang paling bermakna dan berharga tuk aku
tapi kalau ade yang nak kasi handbag ke, handphone ke, baju keeeee
aku alu2 kan... jangan malu jangan segan
nak alamat umah, sila sms untuk pertanyaan. hahahahhaha

so, aku dah 27 dah.... (tetiba no 2 dah leh tekan)
pada yang sibuk tanye bile aku nak kawin tu
doakan aku cepat kawin
tak yah tanye2 aku bile nak kawin
penat mak nak jawab tauuuuuuuu

P.S I LOVE U- huwaaaaaaaaaaaaaa.... dah tua dah!!!!
10 orang sedang bergumbira







Tuesday, June 2, 2009

berapa lajukah anda???


cuba lah kalau berani... ;)

P.S I LOVE U - 58 perkataan je... korang mesti lagi laju kan?

4 orang sedang bergumbira







Monday, June 1, 2009

buah durian dibawa belayar


cik nana dapat durian freeeee
tak caya??? sila lihat di bawah ini













time kasih cik durian runtuh kerana memberikan saya anugerah ini
hehehhee.... kalau kasi buah durian betul2 lagi besttttttt
13 orang sedang bergumbira







PUJAAN HATI HAMBA

 

From Cik to Puan Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez