Wednesday, May 6, 2009

rescue 911


hari isnin mama cakap anak kucing yang lahir kat atas syiling umah kitorang jatuh kat tepi bilik aku
so, aku pun gigih la pusing keliling luar umah cari anak kucing tu
memang ade kat pokok bunga
kesian dia... sure sakit
pas check2 anak kucing tu, aku pun letak kat bakul
pastu bakul tu aku letak kat tempat letak kete aku.
sebab mak dia slalu lepak kat stor tempak letak kete tu
aku ingatkan mak kucing tu nak ler amik anak dia tu
tapi rupenye sampai semalam aku balik, mak dia tak amik2 pun
kesian tul. sure dia lapar
balik keje semalam adik aku mintak tolong kasi susu kat anak kucing tu
coz dia tengah masak. oleh kerana malas nak gi kedai beli susu, adik aku bagi susu anak dia
hahahah... ni la gambar anak kucing yang aku selamatkan tu. chewah!

meh minum susu meh.... ala kesian dia

tengah suapkan makanan tuk baby cat ni

ni pesal tetiba ade si budak hitam ni. pantang tul nampak susu

yang ni baby. or kadang2 kitorang panggil adek.
dia ni memang dari kecik dia minum susu botol
coz mak dia ade virus. doc suruh pisahkan dia dengan mak dia.
tak kasi mak dia bagi susu kat dia. even jilat pun tak bole
sebab mak dia ade virus yang bole buat anak dia mati
dia ni banyak kali gi klinik. berpuluh2 kali kene cucuk
dia sekor je hidup, adik beradik dia yang lain mati
kitorang jaga dia cam jaga bayi. bagi susu, mandikan, bawak gi shopping, tdo same kitorang
kalau tak bawak dia gi tesco ke ape ke sape nak kasi susu dia
kalau gi tesco or giant nanti mak aku masukkan dia dalam beg
dia tdo la kat beg tu, kalau dia terjaga dia kuarkan pale dia skit dari beg
tapi dia tak meragam nak kuar
kalau aku or adik aku tade, mak aku bawak dia gi office
hari2 memang mama bawak gi office coz kitorang time tu kat kolej
sebab tade sape nak kasi dia susu.
tapi dia ni baik, keje dia tido je. bile dia bangun mak aku kasi dia susu
pastu dia duduk atas meja mak aku baring jeee
nasib baik bos mak aku baik. tak kisah pun
sampai sekarang baby ni kalau nampak botol susu, dia akan pegi kat kitorang n mintak
susu anak adik aku pun dia nak. lagi 1 dia ni pelik skit
dia ni suke minyak angin. sape pakai minyak angin memang dia akan g kat kita n jilat minyak tu
pelik tul... dulu mak aku terlupe nak tutup botol minyak
tengok2 dah tinggal skit. mak aku cam pelik. selidik2... rupenye dia punye keje
mak baby ni nama dia lilo. tapi dah mati
lilo ni sebenarnye kucing adik encik tunang. dia masuk matrik tade sape jaga
so, aku pun bermurah ati nak tolong jaga
semua anak lilo ni mati, kecuali baby nih
ade sekor anak lilo ni nama dia amely. kesian dia nih. amely ni lahir b4 baby
adik aku time tu kasi susu kat anak2 lilo. adik aku tak nampak amely ni kat blakang adik
bile adik aku pusing, tetiba amely ni terperanjat
terus kejang. adik aku call aku nangis2
cakap amely nak mati. aku pulak time tu kat kolej
aku suruh dia hantar gi klinik
bile doc check, doc cakap amely ada virus yang buat dia kejang2
time tu kitorang tak tau lagi pasal lilo ade virus
since dari hari tu amely tak leh gerak langsung
susu kitorang suap, kencing pun kitorang yang tolong basuhkan
masa tu adik aku tak masuk kolej lagi, so dia leh jaga
bile aku balik aku lak jaga.
bile dia nak kencing dia mengiau. tapi pelan jeeee
so, malam2 aku tak tdo sangat pun. takut dia kencing aku tak dengar
kesian dia... adik aku bela dia sampai dia leh bangun, jalan n lari
1 day, ntah kenape tetiba dia mati

baby memang suke tido sambil terjelir lidah cam gini. ingatkan hensem la??

ni yuyu. bapak baby. dia dah mati... :(

ade orang langgar yuyu. tak tau sape. kesian mama
yuyu ni kucing kesayangan mama. time mula2 mati mama sedih tul
aku pun bape bulan lepas kehilangan kucing gak
nama dia didi. pasal didi ni nanti aku cite kat entry lain yeee
sedihnyeeeeee......

P.S I LOVE U - abang aku nak jual kucing. sape nak beli bagitau yee

7 orang sedang bergumbira on "rescue 911"

Ivy Metaga on May 6, 2009 at 9:46 PM said...

wahhh..best nya baby tu, g shopping lagi, siap p keja lagi hihi,
cik nana kami sekeluarga pun minat kat kucing...
suke tgk kucing2 ni tido, best ka...

cik nana~ on May 7, 2009 at 2:44 PM said...

ivy - sekarang baby anak durhaka. nak peluk pun tak nak. huh!
family i yang suka kucing mama i, me & adik i je... abang bela kucing tu sbb kakak ipar i yang suke

helena's on May 8, 2009 at 9:11 AM said...

saya tau!saya tau cerite tu..sedih kan...paham sgt camane rase dia..mase saya ilang yaya..sedihhh

abg awak nak jual kucin ape?nak detail buleh cik nana?

cik nana~ on May 8, 2009 at 3:04 PM said...

helena - huwaaaaa.... rasa bersalah gile kat didi. maafkan mummy didi.... huwaaaaaaa

datang la umah abang saya kat s.alam

Atiekah on May 16, 2009 at 6:34 AM said...

kak nana..kirim salam kat kucing hitam yang jelirkan lidah tu..dia cukup hensem..hehehehehe

cik nana~ on May 16, 2009 at 2:36 PM said...

atiekah - dia tak hensem sbb tadi dia kencing kat bilik akak. sbb akak marah dia tadi. trus dia g kencing kat bilik akak. menci!

gjie said...

nak detail kucing nk jual 2 ley x...email gjie_virgo90@yahoo.com









PUJAAN HATI HAMBA

 

From Cik to Puan Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez